Home BELOYA2U PROGRAM BELIA GOBIZ SAMARAHAN@ASAJAYA 2026
BELOYA2UKEMAHIRANKHALIFAH KHALIKUSAHAWAN

PROGRAM BELIA GOBIZ SAMARAHAN@ASAJAYA 2026

Share
Share

Pada 9 Mei 2026 – Program Belia GoBiz Samarahan @ Asajaya anjuran Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development Sarawak (MYSED)

telah berjaya dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal kepada golongan belia mengenai bidang keusahawanan serta peluang pembangunan diri pada masa hadapan.

PROGRAM BELIA GOBIZ

Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Ripin Bin Lamat dan Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Bin Rahman Hamzah

serta dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Rodiyah Binti Sapiee dan Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah Binti Wang sebagai tanda sokongan

terhadap usaha memperkasa golongan belia melalui penglibatan dalam bidang keusahawanan dan pembangunan kemahiran.

PROGRAM BELIA GOBIZ

Pelbagai pengisian menarik telah disediakan sepanjang program berlangsung antaranya perkongsian tentang “Mencari Idea Bernilai Wang”,

“Gagal Itu Biasa : Cabaran Usahawan”, “Pemasaran untuk Remaja” serta “Talk on TVET”. Setiap sesi memberi pengetahuan dan motivasi kepada

peserta mengenai cara menjana idea perniagaan, menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan serta kepentingan kemahiran teknikal dan vokasional dalam membina kerjaya masa depan.

PROGRAM BELIA GOBIZ

Antara tenaga pengajar yang dijemput bagi menjayakan program ini ialah Cikgu Khall, Cikgu Stephen dan Cikgu Razis yang mempunyai pengalaman

luas dalam bidang keusahawanan. Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada mereka sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada para peserta untuk lebih yakin meneroka dunia perniagaan.

Melalui program ini, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak terus berusaha mendekatkan golongan belia

dengan budaya keusahawanan sejak di bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti. Inisiatif ini diharap mampu melahirkan lebih ramai

usahawan muda yang kreatif, berdaya saing dan mempunyai daya tahan yang tinggi.

Secara keseluruhannya, Program Belia GoBiz Samarahan @ Asajaya berjaya mencapai objektifnya dalam memberi inspirasi, motivasi dan

kesedaran kepada golongan belia untuk lebih aktif melibatkan diri dalam bidang keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya yang berpotensi tinggi pada masa hadapan.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Burung Kenyalang: Simbol Kebanggaan Identiti Sarawak

Apabila menyebut Sarawak, antara simbol yang sering terlintas di fikiran ialah burung...

BAHASA IBANBAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAK

Rentap: “Agi Idup Agi Ngelaban”, Semangat Pahlawan Sarawak

Sejarah Sarawak tidak pernah sunyi daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit...

BELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAKTAMBAH ILMUTEMPATAN

SABAH DAN SARWAK: DUA NEGERI, SATU BORNEO

Borneo merupakan antara pulau yang mempunyai kekayaan sejarah, budaya dan alam semula...

BELOYA2UKEMAHIRANKHALIFAH KHALIKTAMBAH ILMUTIPS USAHAWANTRAINERUSAHAWAN

Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar Cemerlang.

Pada 28 Julai 2026 – telah berlangsung Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar...