Home BERITA SEMASA ORANG INI MELAWAN BOMOH PENIPU
BERITA SEMASA

ORANG INI MELAWAN BOMOH PENIPU

Share
Share
Beberapa minggu ini. Sosial media dihebohkan oleh seorang sosok Anak muda dari indonesia yang berasal dari Tangerang melawan bomoh atau penunggang agama menipu masyarakat.
Nama sebenar beliau Marcel Radhival berumur 27 tahun dan beragama islam senantiasa mengenakan kostum merah dan rambut kemerahan. Siapa pun yang menonton video beliau pasti akan terpana dengan ideologi beliau.
Antara ayat yang menarik yang beliau sebutkan adalah. Kalau bomoh itu sakti dan jika ustad itu sakti. Mengapa tak mampu melawan penjajah atau melawan musuh ketika bangsa disiksa. Mengapa? Soalan ini membuatkan banyak orang terkelu lidah seribu bahasa.
Yang menariknya. Isu ini melahirkan 2 puak. Iaitu puak yang menyokong Pesulap Merah dan yang mengecam Pesulap Merah. Setakat ini apa yang diterangkan Pesulap Merah dapat diterima akal sihat. Beliau senantiasa menerangkan apakah metoda yang digunakan oleh bomoh penipu penunggang agama.
Bahan tontonan beliau menyedarkan masyarakat mengenai penipuan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Malah beliau sanggup bedepan dengan individu yang melakukan penipuan untuk pembuktian.
Ilmu perubatan batin penuh dengan teknik manipulasi psikologi sehingga kita percaya dan menjadi benar. Akhirnya terbawa-bawa sehingga memberi arahan kepada anggota badan untuk merasa sakit dan reflek dengan kata-kata bomoh atau penunggang agama.
Kebiasaan masyarakat nusantara. Apabila orang nak minta bukti dikatakan bertujuan memalukan orang lain. Padahal ini adalah proses. Jika benar tidak perlu takut. Ini berlaku sepanjang proses mendapatkan bukti dari seorang pengamal perubatan menggunakan agama iaitu Gus Samsudin. 
Pengikut Gus Samsudin tidak dapat menerima apa yang dilakukan Pesulap Merah. Ini jelas mereka ini pengikut tegar mengkhinzir buta. Tidak menyelidiki kebenaran sebelum mempercayainya. Kisah seperti ini bukan sahaja berlaku di Indonesia. Malah juga di Malaysia dan am nya seluruh nusantara.
Tidak menjadi masalah jika beliau mengatakan alatan yang digunakan adalah sebagai syarat pengobatan. Apa pendapat anda?
Tidak usah mengajar lalat untuk menyukai bunga kerana lalat itu zahirnya memang sudah menyukai sampah. Itu adalah ungkapan sesuai bagi individu yang membutakan diri dalam mencari kebenaran.
Namun begitu, makhluk halus itu wujud. Cuma tidak nampak dengan mata kasar. Oleh kerana tidak nampak. Maka ianya digunakan sebagai medium penipuan. Allah swt melarang umat manusia untuk bekerjasama dengan makhluk yang digelar jin kerana tipu daya yang halus.
Tawakal dan berserah. Segala yang terjadi adalah atas izin yang esa. Lakukan sesuai dengan hukum syarak dan jangan melampaui batas.
Tahniah di Ucapkan kepada Pesulap Merah A.K.A Marcel Radhival. Setiap yang berkeras kepada kebenaran akan menghasilkan pembenci yang cintakan kepalsuan. Teruskan dan tetap semangat.
Anda kategori yang mana? Sila tinggalkan komen.
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
Program bantuan sokongan usahawan sarawak di Serian Sarawak
BERITA SEMASA

COACHING AND MENTORING KEMAS SERIAN

16 Jun 2024 – Program Coaching and Mentoring Kemas Serian yang diadakan...

PEMASARAN DIGITAL DI KABONG SARAWAK
BELOYA2UBERITA SEMASA

KURSUS DIGITAL MARKETING KABONG SARAWAK

13 Ogos 2024 – Program Digital Marketing yang diadakan di Kabong, Sarawak...

BERITA SEMASA

KURSUS KEUSAHAWANAN “BASIC TECHNOPRENEUR PROGRAM”

30 OGOS 2024- Pihak Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Bahagian Mukah telah...

BERITA SEMASA

KURSUS PEMASARAN DIGITAL DAN ASAS KEWANGAN, GIATMARA NEGERI SARAWAK

24 Julai 2024- Pihak Giatmara Negeri Sarawak dan Farwide Sdn Bhd telah...