14 Februari & 28 Februari 2026 – Program SME Digitise di Kuching diteruskan dengan dua sesi kelas bagi Modul 2 : Alatan Digital untuk Pengurusan Perniagaan.
Modul ini dikendalikan oleh tenaga pengajar Cikgu Khalifah Khalik, Cikgu Razis dan Cikgu Zunainah dengan sokongan fasilitator Cik Jenifer dan Cik Zaza.
Bagi memastikan pemahaman yang menyeluruh modul ini dijalankan dalam dua sesi berasingan Modul 2.1 pada 14 Februari 2026 dan Modul 2.2 pada 28 Februari 2026.
Setiap sesi menggabungkan pendekatan teori dan praktikal dengan fokus kepada aplikasi digital yang strategik untuk meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan usahawan.
Modul 2.1 pada 14 Februari memperkenalkan alatan digital dan latihan asas kepada usahawan.
Google Calendar diajar untuk penjadualan mesyuarat, peringatan dan pengurusan masa. Pendekatan teori dan praktikal digabung untuk pemahaman optimum.
Peserta turut mempelajari Google Tasks untuk pengurusan tugas serta WhatsApp Business yang dilengkapi fungsi profil perniagaan, mesej automatik dan pengurusan pelanggan.
Google Business Profile pula diperkenalkan bagi meningkatkan keterlihatan perniagaan dalam carian Google.
Selain itu, konsep SHRM turut dikongsikan dengan aplikasi VHOST yang diberikan secara percuma untuk memudahkan pengurusan tenaga kerja secara digital.
Modul 2.2 ini berlangsung pada 28 Februari 2026 dengan memberi tumpuan kepada ulang kaji alatan digital serta pengenalan aplikasi lanjutan.
Sesi ini memperkukuh kefahaman peserta melalui pendekatan praktikal.
Peserta berkongsi pengalaman dan menerima maklum balas daripada penceramah. Perbincangan ini meningkatkan keyakinan dalam penggunaan aplikasi.
Google Form digunakan untuk borang maklum balas pelanggan dan setmore membantu mengurus temujanji secara teratur.
Secara keseluruhan, modul ini memperkasa kemahiran digital usahawan. Pendedahan aplikasi meningkatkan kecekapan serta daya saing perniagaan dalam era digital.
5 APRIL 2026 – Sesi pembelajaran Modul 4 : Asas Rekod Perniagaan...
Pada 4 April 2026 – Satu sesi pembelajaran bertajuk Modul 4 :...
15 MAC 2026 – Program ini telah berlangsung di Think Big sebanyak...
14 Mac 2026 – Program ini berlangsung di Makerspace Ramai. Modul 3 ini...
Leave a comment