Home SME DIGITISE MODUL 1 TEKNOLOGI DIGITAL SAMARAHAN (SMEDS)
SME DIGITISETIPS USAHAWANUSAHAWAN

MODUL 1 TEKNOLOGI DIGITAL SAMARAHAN (SMEDS)

Share
Share

18 Januari 2026 & 01 Februari 2026 – Program SME Digitise di Samarahan meneruskan dua sesi kelas modul 1 (Pemasaran Digital ).

Sesi ini dikendalikan oleh tenaga pengajar Cikgu Khalifah Khalik, Cikgu Wan Hazel dan Cikgu Razis bersama fasilitator Cik Stephanie,Cik Jenifer dan Cik Zaza. 

Teknologi Digital Samarahan

Modul 1 dilaksanakan secara berperingkat iaitu module 1.1 pada 18 Januari dan module 1.2 pada 1 Februari.

Sesi ini memastikan usahawan bukan sahaja memahami malah mahir menggunakan strategi serta teknologi digital terkini.

Hasilnya, dapat promosi produk dan perkhidmatan mereka dijangka meningkat dengan lebih ketara.

Teknologi Digital Samarahan

Sepanjang modul 1.1 ,Coach Wan Hazel akan mengajar peserta menggunakan tiga aplikasi utama iaitu Capcut,Canva dan Chatgpt.

Aplikasi ini membantu usahawan menghasilkan kandungan kreatif seperti grafik, video pendek dan penulisan iklan yang lebih menarik untuk promosi perniagaan.

Teknologi Digital Samarahan

Semua aktiviti program direkod oleh Cik Stephanie  dan diolah menjadi video oleh Cik Jenifer untuk dimuat naik ke media sosial.

Peserta bukan sahaja dapat memasarkan produk dengan lebih cepat dan responsif terhadap pasaran malah dapat mempromosikan perniagaan mereka turut meningkat di platform digital.

Teknologi Digital Samarahan

Modul 1.2 Pemasaran digital penting untuk perniagaan kerana ia meningkatkan jangkauan dan interaksi dengan pelanggan secara lebih efektif.

Ia juga membolehkan pengukuran prestasi yang lebih terperinci serta pengurangan kos pemasaran.

Lebih penting perniagaan dapat menjangkau pelanggan baharu yang tidak dapat dicapai melalui kaedah tradisional.

Antara subjek yang diajar dalam modul ini adalah berkaitan ciri-ciri dan pentadbiran pemasaran melalui Meta Business Manager serta Facebook Ads yang disampaikan oleh Coach Razis.

Meta Business Manager membolehkan perniagaan menguruskan pelbagai aspek pemasaran digital dalam satu platform terpusat.

Ia merangkumi pengurusan iklan di Facebook, Instagram dan platform Meta yang lain.

 

Dengan penggunaan platform ini, perniagaan dapat menguruskan semua kempen pemasaran mereka dengan lebih efisien dan efektif.

Ini memudahkan pemantauan prestasi iklan serta pengoptimuman strategi pemasaran secara menyeluruh.

Hasilnya usahawan bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan kos, malah lebih fokus dalam membangunkan strategi pemasaran digital yang tepat sasaran.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
SME DIGITISEUSAHAWAN

MODUL 1 MEMPERKASA PEMASARAN DIGITAL KUCHING (SMEDK)

17 Januari & 31 Januari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...

automatic carwash kuching sarawak
MARA DIGITAL BIZUSAHAWAN

STORM CARWASH

STORM CARWASH Cucian automatik | Nano Wax | Water Bending | Buang...

MARA DIGITAL BIZUSAHAWAN

CUCI KERETA AUTOMATIK SARAWAK

CUCI KERETA PANTAS DI SARAWAK Saya dah mula berniaga sejak tahun 2014....

Onboarding and training to ecommerce platform
BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISE

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 6 : ONBOARDING AND TRAINING TO ECOMMERCE PLATFORM

24 Mei 2025 – Program SME Digitise! yang diadakan di Betong Digital...