5 APRIL 2026 – Sesi pembelajaran Modul 4 : Asas Rekod Perniagaan telah dikendalikan di Think Big Training oleh Coach Khalik dengan sokongan fasilitator Cik Zaza.
Encik Stephen dan Cik Shasha. Modul ini menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang sistematik bagi memastikan perniagaan diurus dengan lebih teratur.
Peserta didedahkan kepada kaedah merekod transaksi seperti jualan, perbelanjaan dan pelbagai lagi. Di samping memahami kepentingan
mengasingkan kewangan peribadi daripada kewangan perniagaan.
Mereka juga diperkenalkan dengan penyediaan buku rekod, invois, percukaian dan analisis untung rugi.
Secara keseluruhannya, modul ini memberikan asas yang kukuh dalam pengurusan kewangan dan rekod perniagaan,
sekali gus membantu usahawan merancang strategi serta mencapai kejayaan yang berterusan.
Pada 4 April 2026 – Satu sesi pembelajaran bertajuk Modul 4 :...
15 MAC 2026 – Program ini telah berlangsung di Think Big sebanyak...
15 Februari dan 1 Mac 2026 – Program SME Digitise di Samarahan...
14 Februari & 28 Februari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...
Leave a comment