Pada 20 April 2026 – Satu sidang media bagi acara “Torque of Borneo” telah berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Sidang media tersebut melibatkan beberapa pihak penting, antaranya Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Encik Shirajuddin
Bolhi selaku Pengarah “Torque of Borneo”, serta rakan strategik seperti BELOYA2U, DUBS, ANGKASA dan lain-lain. Acara “Torque of Borneo”
dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam, bertempat di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Seperti yang dimaklumkan, acara ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada pertandingan modifikasi kereta dan motosikal, malah turut
menampilkan pelbagai aktiviti lain seperti pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen, serta e-sukan (E-sport).
Bagi memeriahkan lagi acara, pihak penganjur turut menjemput beberapa artis tempatan Sarawak seperti Bob Yunus, Knowno dan ramai lagi. Selain
itu, “Torque of Borneo” juga melibatkan penyertaan antarabangsa melalui kerjasama dengan beberapa negara dan negeri, antaranya Brunei, Indonesia dan Selangor.
Kesimpulannya, penganjuran “Torque of Borneo” dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu memperkukuhkan industri automotif serta
memperluas jaringan kerjasama di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang serta penglibatan
pelbagai pihak, acara ini berpotensi menjadi platform yang bukan sahaja mengangkat bakat dalam bidang modifikasi, malah turut mempromosikan industri kreatif dan pelancongan di Sarawak.
Pada 4 April 2026 – Satu sesi pembelajaran bertajuk Modul 4 :...
24 Mei 2025 – Program SME Digitise! yang diadakan di Betong Digital...
22 Mac & 12 April 2025 – Program SME Digitise di Betong...
Raya Ini – Lagu Raya yang membudayakan pelbagai kaum. “Raya Ini” membawa kelainan...
Leave a comment