Nama saya Elka Fatima. Saya memulakan perniagaan Estetiqa Beauty SPA di rumah pada tahun 2016 sehingga 2019. Selepas itu, saya membuat keputusan untuk membuka secara komersial SPA sendiri di Metrocity pada tahun 2020 dan beroperasi sehingga sekarang. Setakat ini saya mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam bidang Beauty SPA.
Masalah yang kami dapat selesaikan dengan perkhidmatan yang kami sediakan ialah membantu pekerja-pekerja yang bekerja di pejabat yang tiada masa untuk menjaga penampilan diri.
Jangan risau kami akan membantu anda menjaga penampilan anda dari segi wajah anda. Kedua, bagi mereka yang tidak tahu memilih skin care yang sesuai, kami mempunyai rawatan yang sesuai dan kami akan menyediakan skin analysis yang membantu anda mengenalpasti masalah kulit wajah anda.
Ketiga, kami akan membantu surirumah yang merasakan dirinya kurang yakin, sila datang ke Estetiqa Beauty SPA kami akan membantu anda dengan rawatan yang terbaik serta memberi aura kepada anda supaya suami anda merasakan diri anda terselah dengan kecantikkan anda.
Antara maklum balas daripada pelanggan kami, mereka merasa yakin selepas mereka membuat rawatan di Estetiqa Beauty SPA kerana skin mereka sebelum ini breakout dan apabila mereka menggunakakan apa-apa jenis foundation, makeup kosmetik, kulit wajah mereka masih betompok-tompok namun setelah mereka menggunakan perkhidmatan kami kulit wajah mereka menjadi lebih lembut dan mereka menjadi lebih yakin apabila mereka pergi bekerja, berjumpa dengan klien ataupun suami mereka memuji skin mereka lebih nampak muda.
VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK
Antara perkhidmatan yang kami sediakan di Estetiqa Beauty Spa ini adalah pertama, kami ada menyediakan free skin analysis untuk sesiapa yang datang ke spa kami. Selain itu, normal advance treatment facial untuk kulit yang normal, pico laser untuk pigmentation, whitening treatment BB glow atau sulam bedak dan juga highfull treatment untuk anti-aging kulit wajah anda.
Lokasi kami berada berhadapan dengan Fauziah cafe, 1st floor atau anda boleh mencari kami melalui google map dengan nama Estetiqa Beauty Spa. Pelanggan kami yang datang kebanyakkan ialah daripada Kuching, Lundu, Serian, dan paling seronok mereka yang datang dari jauh daripada Semenanjung iaitu Kedah dan Kelantan datang ke Spa kami untuk membuat rawatan.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 60137667897 atau layari FB Page dan IG kami Estetiqa Beauty Spa.
Pada pendapat saya seorang usahawan harus berani bangkit walaupun anda bermula dari rumah tetapi kita boleh menjadi seorang yang berjaya dan boleh kotakan janji pada diri sendiri dengan yakin apa jua bidang yang kita ceburi.
Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS).
ROSSASCENTS Membekal dan menjual pelbagai jenis minyak wangi. Minyak wangi sesuai untuk...
Khalifah Khalik1 Mins readHNJ BEAUTY SPA Whatsapp Company Profile Call Email Website Facebook Product PERKHIDMATAN...
Khalifah Khalik1 Mins readCC BEAUTY SKINCARE Rice Milk Serum | Cweed Soap | Kopi Wanita...
Khalifah Khalik1 Mins readPelaburan merupakan satu keputusan yang memerlukan pertimbangan yang matang bagi memastikan kewangan...
Stephanie Audrey2 Mins read
Leave a comment