Home BELOYA2U MODUL 6 : PENGAMBILAN DAN LATIHAN UNTUK E-DAGANG (SMEDS)
BELOYA2USME DIGITISETIPS USAHAWAN

MODUL 6 : PENGAMBILAN DAN LATIHAN UNTUK E-DAGANG (SMEDS)

Share
SME DIGITISE SAMARAHAN
Share

3 Mei 2026 – Program SME Digitise yang berlangsung di Samarahan diteruskan dengan pelaksanaan Modul 6 iaitu Onboarding and Training to Ecommerce Platform yang merupakan modul terakhir dalam siri latihan program ini.

Sesi ini dikendalikan oleh Khalifah Khalik dan Razis dengan bantuan fasilitator Stephanie, Jenifer dan Zaza.

Sejajar dengan perkembangan teknologi dan trend perniagaan digital masa kini, penggunaan platform e-dagang menjadi medium penting bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan secara lebih meluas. Melalui modul ini, para peserta diberikan pendedahan berkaitan penggunaan platform TikTok dan Shopee sebagai saluran pemasaran dan jualan dalam talian.

Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan pelbagai fungsi serta ciri-ciri yang terdapat dalam sistem jualan TikTok dan Shopee. Latihan ini bertujuan membantu peserta memanfaatkan platform e-dagang dengan lebih efektif, mempertingkatkan pengurusan operasi jualan serta mengoptimumkan strategi pemasaran digital untuk perkembangan perniagaan mereka.

coachkhal

Peserta turut menjalani sesi praktikal berkaitan proses pendaftaran sebagai penjual di platform TikTok. Dengan bimbingan Khalifah Khalik, para peserta didedahkan dengan langkah-langkah untuk memperluaskan capaian pasaran, meningkatkan pendedahan produk secara langsung serta memperkemaskan proses jualan melalui penggunaan platform TikTok secara lebih efektif.

pesertasmedigitise

Sesi petang pula memberi tumpuan kepada pendaftaran sebagai penjual di platform Shopee. Para peserta didedahkan dengan cara mengurus kedai dalam talian dengan lebih teratur, menyusun penyenaraian produk secara efektif serta meningkatkan keterlihatan produk dalam carian Shopee.

Selain itu, peluang promosi turut dibincangkan bagi membantu peserta memperluaskan jangkauan pasaran dan menarik lebih ramai pelanggan. Peserta juga diberi pendedahan mengenai penggunaan ciri-ciri promosi Shopee dalam menghasilkan strategi pemasaran yang lebih kreatif dan berkesan.

coachrazis

Sesi terakhir pula memberi tumpuan kepada proses penyenaraian produk di platform Shopee dan TikTok. Para peserta didedahkan dengan teknik untuk memperluaskan capaian audiens, mengoptimumkan penyenaraian produk serta meningkatkan kedudukan carian di kedua-dua platform e-dagang tersebut.

Selain itu, penekanan turut diberikan kepada usaha meningkatkan potensi jualan melalui penyediaan maklumat produk yang lebih tersusun dan lengkap, di samping penyampaian visual produk yang menarik bagi menarik minat pelanggan serta meningkatkan keberkesanan pemasaran.

Dengan mengikuti Modul 6, peserta dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di platform e-dagang. Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan perniagaan anda dalam dunia digital yang semakin berkembang.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UKEMAHIRANKHALIFAH KHALIKUSAHAWAN

PROGRAM BELIA GOBIZ SAMARAHAN@ASAJAYA 2026

Pada 9 Mei 2026 – Program Belia GoBiz Samarahan @ Asajaya anjuran...

SARAWAK EMERGING ENTREPRENEURS DRIVE KUCHING
BELOYA2UKHALIFAH KHALIKTIPS USAHAWAN

SARAWAK EMERGING ENTREPRENEURS DRIVE (SEED) KUCHING

Pada 25 April 2026 – Program Sarawak Emerging Entrepreneurs Drive (SEED) Kuching...

smeds
BELOYA2UIDEAJANA PENDAPATAN

MODUL 5 : KUASAI INVENTORI DAN BEKALAN (SMEDS)

19 April 2026 – SME Digitise Module 5 iaitu Bekalan dan Inventori...