Home BERITA SEMASA 10,000 WARGA LUNDU HADIRI KONSERT RAKYAT DI WATERFRONT LUNDU
BERITA SEMASATEMPATAN

10,000 WARGA LUNDU HADIRI KONSERT RAKYAT DI WATERFRONT LUNDU

Share
Share
LUNDU: Kira-kira 10,000 warga Lundu hadir di Watefront  Lundu malam ini bagi menyaksikan konsert rakyat sempena Pesta Regatta Batang Kayan 2022.
 
Turut hadir menyaksikan konsert tersebut adalah Setiusaha Politik Ahli Parlimen P193 Santubong Datuk Seri Syed Hamzah Al yahya. 
 
Penonton yang hadir malam ini dihiburkan oleh artis-artis seperti Iwan Haji Dasri, penyanyi terbilang iban Ricky El dan Top 3 pemenang pertandingan karaoke. 
 
Turut membuat persembahan adalah penyanyi lagenda Jay-Jay dari kumpulan Carefree yang memeriahkan lagi program tersebut.
 
Selain persembahan nyanyian, penonton yang hadir malam ini juga disajikan dengan cabutan tiket bertuah. 

Konsert rakyat di waterfront lundu sarawak

Di penghujung konsert Datuk Seri Syed Hamzah yang mewakili Ahli Parlimen P193 Santubong berbesar hati membuat dua cabutan  bertuah utama.

Konsert rakyat di waterfront lundu sarawak

Sekaligus menyampaikan hadiah kepada pemenang,  iaitu sebuah smart TV 42″ dan sebuah motosikal jenama modenas 110CC.

Konsert rakyat di waterfront lundu sarawak

Turut hadir dalam acara tersebut Pegawai Penerangan Daerah Lundu Puan Juliana Abdullah dan Timbalan Setiausaha Pejabat Daerah Lundu En Ong Chin Ping.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BERITA SEMASABESUSEYKESENIANSARAWAKTEMPATAN

Hidangan Tradisi Masyarakat Melayu Sarawak

Masyarakat Melayu Sarawak mempunyai warisan kulinari yang unik hasil gabungan pengaruh tempatan,...

BELOYA2UBERITA SEMASADUNIAKESENIANSARAWAK

Sultan Tengah: Sultan Sarawak yang Dilupakan

Sejarah Sarawak tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh Kesultanan Brunei yang pernah menguasai...

BELOYA2UBERITA SEMASABESUSEYDUNIAEKONOMI

Santubong: Pusat Perdagangan Kuno dan Seramik China

Santubong merupakan salah satu kawasan arkeologi terpenting di Malaysia yang menyimpan pelbagai...

BESUSEYDUNIAEKONOMIKEMAHIRANKESENIANSARAWAKTEMPATAN

Jambatan Batang Lupar: Pemangkin Pembangunan dan Penghubung Komuniti

Jambatan Batang Lupar merupakan salah satu projek infrastruktur terbesar dan paling signifikan...