Pastikan anda menggunakan lot yang sesuai untuk trading. Jangan terlalu tamak meletakkan lot yang besar dengan modal yang rendah. Jika modal kecil. Anda dinasihatkan menggunakan akaun sen atau akaun kecil seumpamanya dengannya. Seorang trader yang berjaya biasanya menguruskan modal dengan baik dan tidak terlalu tamak. Ambil keuntungan bedasarkan sasaran atau objektif setiap entry.
Jangan cuba untuk mendapatkan pelabur untuk trade yang dilakukan oleh anda. Jika ada individu hendak melabur. Pastikan dia benar-benar faham mengenai risiko. Ulang kefahaman risiko kepada mereka sehingga beberapa minggu. Adakah mereka benar-benar sanggup kehilangan modal?. Ceritakan derita sebelum bahagia. Namun begitu, trading melibatkan pelabur akan memberi kesan emosi trade kepada anda. Anda akan lebih tertekan walaupun anda pura-pura tenang. Ini pengalaman kebanyakkan trader.
Ini bahagian bahaya. Keyakinan luar biasa. Entry tanpa berfikir panjang. Tanpa membuat semakan terperinci TF demi TF. Terus masuk kerana haus dengan keuntungan. Keyakinan itu bagus tetapi dengan mengikuti langkah demi langkah sebelum membuat keputusan adalah keyakinan lebih bagus. Keyakinan luar biasa ini adalah yakin luar dari kebiasaan.
Setiap kali entry. Pastikan anda mengikuti SOP yang telah anda pelajari atau anda fahami. SOP tersebut akan mengembangkan cara anda trading pada masa akan datang. Anda akan dengan mudah menjumpai kelemahan dan memperbaiki kelemahan.
Ujian psikometrik bertujuan mengenal pasti keperibadian, gaya kerja dan kecenderungan individu secara...
Program internship atau latihan industri merupakan salah satu komponen penting dalam sistem...
Setiap individu dilahirkan dengan potensi yang unik dan tidak terbatas. Namun, seringkali...
Menyelami dunia Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam jualan akan membawa usahawan ke...
Leave a comment