Home BERITA SEMASA KEMBARA AMAL BAKTI BIKER SARAWAK KE KAMPUNG KRANJI
BERITA SEMASA

KEMBARA AMAL BAKTI BIKER SARAWAK KE KAMPUNG KRANJI

Share
Share
jentera amal bakti
RIDER DUA RODA BERGABUNG BERBAKTI
Sabtu 29 Feb 20 Kampung Kranji: Program kembara amal bakti telah dijalankan oleh sekumpulan penunggang motosikal yang cintakan jentera dua roda. Program ini menggabungkan beberapa kumpulan penunggang motosikal Sarawak. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah bersedekah atau memberi sedikit bantuan kepada keluarga susah di Kampung Kranji. Program ini di koordinat oleh Puan Suriati dan En Akmal serta diketuai oleh Sudirman Jali.

Kampung Kranji terletak tidak jauh dari Bau. Lebih kurang 15 minit ke 30 minit dari pusat bandar Kuching.


Antara bantuan yang diberikan kepada keluarga ini adalah seperti barang keperluan harian susu dewasa, pampers dewasa, beras, gula, garam dan sebagainya. Bantuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga ini. Keluarga yang dikunjungi dalam kembara amal ini adalah:

  1. Saudara Saiful yang mengalami kemalangan dan mengakibatkan tempurung kepala sebelah kiri pecah dan kini beliau lumpuh serta tidak dapat berkomunikasi seperti biasa. Beliau memerlukan RM3,000.00 untuk melakukan pembedahan bagi menampung bahagian tempurung yang pecah.
  2. Nenek Napsiah yang menghadapi pelbagai penyakit dan memerlukan bekalan susu serta keperluan lain untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan yang sukar mengehadkan mereka untuk membeli barang keperluan setiap bulan.

Program ini memulakan perjalanan dari Pak Amit Cafe di Batu Kawa Kuching. Semua penunggang jentera dua roda berkumpul di situ sebelum bergerak ke Kampung Kranji. Terlebih dahulu mereka diberi taklimat mengenai konvoi tersebut, penyerahan sijil dan doa keberkatan agar perjalanan mereka diberkati Allah swt.

Syukur alhamdulillah, sepanjang perjalanan tidak ada masalah yang dihadapi oleh semua penunggang dan mereka berjaya sampai ke Kampung Kranji serta menyampaikan sumbangan kepada 2 buah keluarga.

Selepas itu, Kumpulan Kembara Amal Bakti bergerak ke rumah pengantin yang juga berada di sekitar kampung tersebut bagi memeriahkan lagi majlis mereka. Selesai menjamu selera, semua penunggang berkumpul dan diberi taklimat sekali lagi berkaitan dengan rancangan Kembara seterusnya.

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERI SUMBANGAN DALAM KEMBARA AKAN DATANG. ANDA BOLEH MENGHUBUNGI EN AKMAL DI NOMBOR 0142063568

Antra kumpulan yang mengikuti program ini adalah seperti berikut:
  1. Sarawak Rider Amal Bakti
  2. Pejuang Kriss Sarawak
  3. Yamaha Honda Bersatu
  4. Pencinta Dua Roda
  5. Bikers Kental
  6. R15 Community
  7. Puaka Community
  8. Geng 2 Roda Sarawak
  9. Sukarelawan Jalanan
  10. Geng LC Sarawak
  11. Antu Jalai

Berikut adalah video perjalanan Kembara Amal Bakti yang dijalankan pada 29 Februari 2020

TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG PROGRAM INI DAN KAMI BERHARAP PADA MASA AKAN DATANG BANYAK LAGI YANG BOLEH MENYUMBANG DALAM BENTUK BARANG KEPERLUAN KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN.



header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISEUncategorized

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 3: SUPPLY AND INVENTORY

https://youtu.be/lqPtsTzwy0I?si=abdv9mDtTzr02idY 8 Mac 2025 – SME Digitise! Module 3 iaitu Bekalan dan...

scammer alert
AWARENESSBERITA SEMASA

MELABUR DI TEMPAT YANG ANDA TIDAK FAHAMI ITU GILA

Mudah ditipu kerana terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal Penipuan pelaburan di...

BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISEUSAHAWAN

MSMES DIGITISE BETONG MODUL 1 : BUSINESS INTERVENTION

https://youtu.be/dZkLH_7K13s?si=oQuuKK8ZeVWlMLC-  25 Januari 2025 – telah berlangsung satu sesi latihan komprehensif di...

Program bantuan sokongan usahawan sarawak di Serian Sarawak
BERITA SEMASA

COACHING AND MENTORING KEMAS SERIAN

16 Jun 2024 – Program Coaching and Mentoring Kemas Serian yang diadakan...