Home ATIKANA STRATEGI PROMOSI DI LAMAN SOSIAL
ATIKANATIPS USAHAWAN

STRATEGI PROMOSI DI LAMAN SOSIAL

Share
Share

Untuk meningkatkan pendapatan anda harus membuat promosi dan promosi harus mempunyai strategi. Untuk menyediakan strategi, anda harus faham teknik promosi. Ini adalah strategi pemasaran online sosial media.
Dalam artikel ini, saya berkongsi pengalaman saya menggunakan sosial media menjual produk Telekom Malaysia dan Coway suatu ketika dahulu. Saya ejen kepada syarikat ini. Dari pendapatan RM1,000+/sebulan, dengan sosial media saya berjaya menaikkan jualan saya melalui sosial media sehingga pendapatan RM4,000++. Sebenarnya boleh dapat lebih dari itu. Saya lakukan peningkatan jualan dengan  ZERO COST MARKETING. Inilah cara promosi produk secara online.
___________
Bagaimana nak mendapat lebih? kolaborasi dan mengasingkan keuntungan untuk membuat promosi. Contohnya menggunakan FB Ads, bayar page-page yang mempunyai ramai pengikut, Google Adword dan sebagainya.
Di bawah ini, saya bentangkan beberapa perkara yang saya lakukan untuk meningkatkan jualan.
BACA DAN FAHAMI TEKNIK PROMOSI SOSIAL MEDIA INI

KONSISTEN POST
Jika anda berhenti membuat posting. Ianya seolah-olah anda sudah tidak berniaga lagi. Pentingnya membuat posting adalah untuk mengingatkan rangkaian atau pengikut anda apa yang anda buat. Ini juga boleh meningkatkan jumlah capaian  yang boleh melihat posting anda.

Pastikan anda posting bahan yang berbeza-beza. Anda kena memberi informasi-informasi yang menarik dalam posting anda. Diselitkan dengan unsur lawak dan bersahaja. Sekali sekala sahaja posting anda ada elemen menjual. Anda boleh juga menggunakan kaedah penceritaan dan penceritaan tersebut boleh menyentuh emosi orang dan akhirnya orang akan kongsi.

Isi penting di sini adalah jangan berhenti posting dan pelbagaikan jenis bahan serta penyampaian. Sekali sekala posting menjual dan lebihkan kepada memberi tips-tips menarik mengenai produk dan perkhidmatan anda atau perkara lain bersangkut dengan isu semasa.

GRAFIK
Facebook terutamanya mempunyai trafik yang banyak setiap hari. Facebook tidak gemar sekiranya gambar yang anda muat naik mempunyai terlalu banyak perkataan di dalamnya. Elak menggunakan kaedah iklan seperti itu. Gunakan sedikit perkataan dan lebihkan gambar untuk anda menyampaikan mesej kepada pengikut anda di Facebook.

Buat grafik yang menarik kreatif, nyaman mata memandang dan menangkap mata orang untuk terus memandang. Sekarang banyak aplikasi yang boleh anda gunakan untuk membuat grafik yang menarik. antarnya intagram itu sendiri, canva, picart dan sebagainya. Banyak melihat gambar kreatif dan anda akan terikut-ikut dengan rekaan yang kreatif.

AYAT IKLAN
Ini adalah bahagian penting. Soalan yang paling besar adalah, bagaimana anda hendak memastikan pengguna laman sosial terus membaca apa yang anda tulis. Jika maklumat 3 saat anda tidak menarik perhatian, maka penulisan anda akan tinggal kenangan. Anda kena memahami pelanggan anda dan apa yang akan menarik perhatian mereka.

Contoh yang boleh saya berikan adalah. Saya menjual pakej Unifi. Ayat iklan pertama saya adalah “Laju internet, tengok video pun tak buffer“.  Perkataan tersebut akan memberi persoalan kepada warganet. Apakah intenet yang saya guna? Dimanakah saya berada ketika menonton video?. Rasa ingin tahu akan menjadikan warganet terus membaca. Bahagian kedua pula, anda harus menyediakan penulisan yang menyentuh masalah dan menyelesaikan masalah. Contohnya Banyak pakej internet di luar caj tak sepadan dengan kelajuan dan kali ini saya membuat pilihan yang tepat. Dapat kongsi dengan keluarga. Jimat banyak. Adik-adik dapat belajar dan tengok youtube

Penulisan ke-empat adalah memberi keyakinan kepada warganet dan yang ke-lima, memberitahu di mana hendak membuat pendaftaran atau bawa prospek untuk mendapatkan produk/perkhidmatan anda. Facebook paling tidak suka kalau anda kongsi link pada post. Facebook akan mengurangkan capaian tontonan penulisan anda. Sebab itu, banyakkan perkataan yang ringkas dan memberi mesej.

PAUTAN
Seperti yang dimaklumkan di atas. Pautan atau link tidak digemari Facebook. Namun begitu, pautan masih penting untuk anda letakkan dalam posting anda. Ini bertujuan untuk membawa prospek terus mendapat maklumat perniagaan dan berkomunikasi dengan anda.

Pautan yang boleh anda sediakan adalah seperti pautan whatsapp contohnya www.wasap.my, blog sebagai tempat warganet untuk mendapat maklumat lebih terperinci, facebook canva, youtube dan sebagainya. Buat blog dengan blogger atau dikenali sebagai blogspot. Ianya percuma. Untuk makluman, beloya2u.com adalah blogspot.

PENJENAMAAN
Jangan lupa membina jenama anda dengan sosial media. Lakukan semua di atas dan anda kenalah menyediakan jenama anda sendiri supaya warganet mudah ingat dengan anda. Contohnya, Abang Coway, Kakak Tenet atau apa sahaja yang ringkas dan mudah di ingat.

Ini memastikan warganet mudah membuat carian profile anda. jangan lupa letak hastag (#). Gunakan hastag yang sama setiap kali post. Pastikan hastag yang unik.

______________
KESIMPULAN

Penggunaan facebook page daripada facebook personal lebih mencabar. Tetapi sebagai usahawan anda harus memiliki facebook page perniagaan anda. Ini kerana facebook page sahaja dibenarkan menggunakan Facebook Ads dan anda boleh mengumpul pengikut anda sehingga berjuta-juta tanpa ada sekatan. Selebihnya anda akan lebih nampak profesional. Apa yang penting di sini adalah terus konsisten dan jangan takut berkongsi informasi. Lebih banyak anda memberi maka lebih banyak yang akan anda dapat.

______________


______________
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
rugi dah pasti dan untung belum tentu, ragam usahawan
AWARENESSTIPS USAHAWAN

PELAJARAN KEJATUHAN TUPPERWARE

Tupperware, satu jenama yang pernah menjadi simbol kejayaan dalam industri produk plastik...

TIPS USAHAWAN

ALAT DAN APLIKASI PENTING UNTUK USAHAWAN DIGITAL

Dalam dunia yang semakin digital, usahawan perlu memanfaatkan pelbagai alat dan aplikasi...

KEWANGANTIPS USAHAWAN

KEWANGAN MIKRO

Kewangan mikro adalah satu konsep yang merujuk kepada penyediaan perkhidmatan kewangan, seperti...

KEMAHIRANMOTIVASITAMBAH ILMUTIPS USAHAWAN

VISI DAN INSPIRASI KABOOM SETELAH TAWAN PUNCAK ARAS LOGIK

Sebagai usahawan anda mungkin pernah berasa buntu dan tidak berdaya untuk berfikir...