Menjaga facebook page bukan suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi hanya anda seorang sahaja admin atau ramai admin dan anda seorang sahaja yang aktif. Facebook page anda akan sunyi dan semakin kurang reach (capaian) sekiranya facebook page anda tidak membuat posting dalam tempoh yang lama.
Cara mudah untuk membuat posting di facebook page yang boleh menjimatkan masa anda dan memastikan facebook page anda hidup. Anda boleh menggunakan schedule post seperti yang ditunjukkan di dalam video di atas.
Namun begitu, terdapat kaedah schedule post yang berbeza antara pc/laptop dan mobiliti. Terpulang kepada anda, mana satu yang lebih selesa anda gunakan untuk membuat posting. Terdapat pelbagai jenis page yang terdapat di dalam facebook dan setiap page mempunyai misinya tersendiri.
Facebook page beloya2u contohnya dibangunkan untuk membantu usahawan dan terdapat lantikan admin baru untuk membantu mereka membantu komuniti mereka. Namun, ada antara admin tidak aktif dan hanya membuat posting bahan mereka sahaja. Jika anda berminat untuk menjadi admin facebook page beloya2u dengan niat untuk membantu komuniti anda menyebarkan informasi contohnya informasi usahawan. Anda boleh PM facebook page beloya2u.
Selain anda menonton video di atas. Di bawah ini saya terangkan langkah-langkah untuk membuat schedule post.
JOM KITA IKUTI CARA MEMBUAT SCHEDULE POST FACEBOOK PAGE
PILIHAN DEVICE
Terdapat kaedah yang berbeza untuk membuat schedule post menggunakan pc/laptop dan mobile. Jika anda menggunakan mobile, anda perlu muat turun aplikasi Facebook page manager. Di bawah ini saya sediakan link untuk kemudahan anda. Klik link untuk muat turun aplikasi tersebut.
facebook page manager: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.facebook.pages.app
FACEBOOK PAGE
Terlebih dahulu anda perlu masuk ke facebook page anda untuk membuat schedule post. Jika anda tidak mempunyai facebook page. Anda perlu cipta facebook page anda. Anda boleh klik sini untuk proses membuat facebook page melalui pc/laptop.
Jika anda menggunakan mobile. Anda boleh cari pekataan PAGE dan kemudian tekan create untuk mencipta Facebook page baru.
CREATOR STUDIO
Bahagian di mana anda boleh membuat schedule post. Anda boleh melihat butang ini di bahagian atas facebook page. Jika tidak nampak, anda perlu klik more. Anda masuk ke Creator Studio dan kemudian anda akan dibawa ke paparan yang memberi pilihan kepada anda untuk membuat posting jenis perkataan, gambar atau video atau pautan.
CREATE POST
Anda tekan create post dan anda akan berjumpa dengan pelbagai pilihan posting. Antaranya create post, upload video, multiple video, go live dan post video across page. Terpulang kepada anda untuk memilih posting yang anda ingin lakukan. Untuk artikel ini. Anda pilih create post.
Selepas itu, anda akan dibawa ke paparan untuk membuat posting. Bahagian ini, anda boleh memilih memasukkan gambar atau video dalam posting anda.
SCHEDULE POST
Selepas anda memasukkan bahan untuk dimuat naik ke facebook page. Anda kemudian diberi pilihan, bilakah bahan tersebut boleh ditonton di facebook page anda. Terdapat banyak butang di bawah post. Untuk artikel ini, anda hanya perlu tekan butang yang mempunyai pilihan schedule.
Tekan schedule dan anda akan dibawa ke bahagian paparan yang memerlukan anda mengisi tarikh dan masa posting tersebut akan dipaparkan. Schedule post hanya dibenarkan 6 bulan ke hadapan. Lebih daripada itu facebook tidak benarkan.
SEMAK DAN KEMASKINI
Anda boleh bila-bila masa untuk mengubah schedule post tersebut dengan masuk semula ke Creator studio dan pilih bahagian Schedule post.
_______________
Semoga artikel ini memberi mafaat kepada anda dan jangan lupa kongsikan dengan jiran sebelah. Sila tinggalkan komen di bawah jika terdapat sebarang cadangan atau pertanyaan.
Leave a comment