Di dalam video di atas adalah tutorial bagaimana membuat email yang selamat. Banyak warganet selalu tersilap langkah apabila mencipta email. Ada yang menggunakan nombor telefon kawan-kawan dan sahabat handai. Andai ini terjadi, maka data anda dapat di ekses oleh orang lain dan tidak selamat.
Saya sendiri selalu berpesan kepada peserta-peserta yang mengikuti kelas digital supaya memastikan nombor telefon yang dimasukkan untuk mendaftar email hendaklah atas nama sendiri dan bukan nama orang lain. Pastikan anda cakna dengan perkara sekecil ini.
Pernah terjadi seorang youtuber dan facebooker yang sudah mempunyai pengikut ratusan ribu orang. Tetapi secara tiba-tiba akaun beliau tidak dapat di ekses. Semua ini terjadi melalui email dan email beliau telah di ambil alih oleh individu yang tidak diketahui.
Perkara sekecil ini memberi impak yang besar kepada hidup anda. Pastikan juga recovery email anda aktif untuk membantu anda mengekses semula akaun anda jika terjadi perkara yang tidak di ingini.
Sistem yang terdapat dalam gmail sendiri mempunyai keselamatan yang tinggi. Anda boleh semak bahagian setting dan keselamatan (security). Terdapat pelbagai kaedah untuk menaik taraf keselamatan untuk lebih kuat. Semakin kuat keselamatan email anda. Maka semakin sukar email anda untuk diekses orang lain.
Pastikan anda peka perkara ini sebelum anda menyesal kemudian hari. Moga artikel ini memberi mafaat kepada anda dan jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan jiran sebelah.
Komen di bawah jika anda mempunyai cadangan atau pendapat lain. Terima Kasih.
Leave a comment