Home APPLEGATE KELEBIHAN MENDAFTAR PERNIAGAAN
APPLEGATETIPS USAHAWAN

KELEBIHAN MENDAFTAR PERNIAGAAN

Share
Share

 

kelebihan daftar perniagaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca beloya2u. 
Banyak sebab rakyat Malaysia tidak mendaftar perniagaan mereka. Antaranya adalah sebab takut dan paling besar sebab malas. Malas untuk berurusan dan tidak suka dengan dokumen-dokumen yang banyak. Mereka kata. Perniagaan saya kecil-kecil je. Tak payah nak lesen bagai. Selepas itu mengeluh, mengapa mereka tidak dibantu dan susah untuk berjaya. Jawapannya sudah jelas terang lagi bersuluh. Tidak mahu berubah dan mengikut arus yang sepatutnya.
Tidak susah sebenarnya membuat lesen perniagaan. Terdapat pelbagai pilihan jenis pendaftaran pernigaan. Dari yang murah sehingga yang mahal. Bergantung kepada keperluan dan sumber yang kita ada. Kami telah menyenaraikan jenis pendaftaran perniagaan dalam artikel yang lalu. anda boleh KLIK SINI untuk membaca berkaitan dengan perkara tersebut.
Nak berniaga kenalah daftar kerana dengan mendaftar barulah anda berkomitmen untuk berniaga. Berniaga bukanlah untuk hari ini saja. Tetapi untuk anak cucu sehingga hari-hari yang mendatang. Mengapa? Teruskan membaca. Kami senaraikan kelebihan pendaftaran pernigaaan.
Sebelum itu, jika anda sudah berfikir untuk mendaftar perniagaan dan mencari badan yang menguruskannya. Anda boleh klik butang di bawah ini untuk mendapatkan khidmat rundingan dan terus mendaftar perniagaan anda.
whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

BERIKUT ADALAH KELEBIHAN DAFTAR PERNIAGAAN

PERNIAGAAN BOLEH DIWARISI

Jika kita tidak mendaftar perniagaan. Aset atau harta yang dihasilkan dari perniagaan sukar untuk diwarisi kerana tidak dapat diletakkan nama pemilikan kepada perniagaan tersebut. Contohnya jenama. Jenama merupakan aset penting pernigaan. Dengan jenama yang sudah dibangunkan bertahun-tahun boleh sahaja di ambil orang lain kerana ianya tidak didaftarkan. Untuk pewarisan perniagaan, hanya jenis pendaftaran PLT, Sdn Bhd dan BHD sahaja yang dapat berbuat demikian. Namun begitu, jenis milikan tunggal dan perkongsian boleh berbuat demikian dengan menyediakan dokumen tambahan penyerahan atau melantik biro pengurusan harta.

MEMUDAHKAN AGENSI KERAJAAN MENYALURKAN BANTUAN

Dengan membuat pendaftaran. Ianya akan memudahkan kerajaan untuk mengenalpasti kewujudan perniagaan anda dan menyalur bantuan seperti sokongan kewangan atau latihan. Kita dapat melihat suasana ini semasa negara menghadapi pandemik dimana PKP dilaksanakan. Kerajaan menyalurkan  bantuan berdasarkan perniagaan yang sudah berdaftar.

BERNIAGA LEBIH PROFESIONAL

Perniagaan anda lebih nampak profesional dengan adanya entiti yang sah di sisi undang-undang. Mudah disemak oleh pelanggan dan agensi kerajaan. Bergerak tanpa ragu-ragu.

MENJALANKAN AKTIVITI SECARA SAH

Menjalankan aktiviti perniagaan yang sah memudahkan anda untuk memohon permit atau apa sahaja yang berkaitan memerlukan dokumen pendaftaran perniagaan. Contohnya mengunting rambut, kedai makan dan sebagainya. Semua itu memerlukan permit dari penguatkuasa tempatan.

PELANGGAN LEBIH YAKIN UNTUK BERURUSAN

Pelanggan akan lebih yakin dengan anda. Terdapat banyak aktiviti penipuan di luar sana dan ini memberi impak kepada perniagaan yang tidak di daftarkan. Jika terjadi apa-apa dengan produk atau perkhidmatan. Sekurang-kurangnya pelanggan tahu di mana untuk merujuk. Jika anda sendiri yang membuat usahasama atau kerjasama. Pastinya anda lebih cenderung kepada perniagaan yang sudah berdaftar.

KESIMPULAN

Daftar segera perniagaan anda. Tidak susah dan tidak senang. Cuma ianya memerlukan langkah pertama anda. Anda boleh melihat sendiri perniagaan yang berjaya di luar sana adalah perniagaan yang sudah mendaftar.
Jika anda hendak membuat pendaftaran perniagaan. Anda boleh klik butang di bawah ini untuk mendapat khimat rundingan profesional. Tidak kira walau di mana anda berada. Semoga sukses dunia akhirat.
whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
rugi dah pasti dan untung belum tentu, ragam usahawan
AWARENESSTIPS USAHAWAN

PELAJARAN KEJATUHAN TUPPERWARE

Tupperware, satu jenama yang pernah menjadi simbol kejayaan dalam industri produk plastik...

alatan digital untuk perniagaan
TIPS USAHAWAN

ALAT DAN APLIKASI PENTING UNTUK USAHAWAN DIGITAL

Dalam dunia yang semakin digital, usahawan perlu memanfaatkan pelbagai alat dan aplikasi...

CABARAN BESAR USAHAWAN KECIL
KEWANGANTIPS USAHAWAN

KEWANGAN MIKRO

Kewangan mikro adalah satu konsep yang merujuk kepada penyediaan perkhidmatan kewangan, seperti...

KEMAHIRANMOTIVASITAMBAH ILMUTIPS USAHAWAN

VISI DAN INSPIRASI KABOOM SETELAH TAWAN PUNCAK ARAS LOGIK

Sebagai usahawan anda mungkin pernah berasa buntu dan tidak berdaya untuk berfikir...