Nama saya Syed Alaydrus (Poji). Permulaannya, farm kami berada di sebelah rumah sahaja dengan keluasan yang tidak besar dan mempunyai 16 port sahaja. Selepas itu, timbul minat kami dalam bidang hydroponik ini dan kami membina mini farm yang bersaiz 20-30 meter keluasannya untuk memasukkan 1000 port di dalam farm.
Sekarang ini kami bertempat di Wetland Agro Farm dekat Sungai Buah di kawasan Rampangi. Kami bekerjasama dengan Wetland Agro Farm iaitu pemilik bersama ialah Tuan Wan Alwi daripada Kampung Lintang.
Saya memilih dalam bidang pertanian hydroponik ini kerana sayur yang dihasilkan selamat untuk di makan. Walaupun kami menggunakan racun, tetapi racun yang kami gunakan adalah dari bahan organik. Oleh itu, sayur yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan oleh semua lapisan masyarakat dan tidak perlu risau dengan keselamatan dari segi faktor kesihatan dan sebagainya. Malah hospital juga mencari orang yang membekalkan sayur hydroponik ini.
Antara maklum balas daripada pelanggan kami yang membeli sayur hydroponik ini, sayur yang kami jual sangat bersih. Sayur hydroponik ini dapat bertahan selama 2 ke 3 hari kalau tidak dimasak walaupun diletakkan di luar sahaja. Kebanyakan pelanggan kami yang datang adalah dari restoran dan kami juga mempunyai pelanggan tetap kami. Pihak restoran lebih memilih sayuran hydroponik ini terutamanya ialah sayur bayam. Ini kerana sayur bayam hydroponik yang kita jual tidak berpasir dan bersih. Ianya berbeza kerana tanaman kita bekalkan sangat bersih dan tidak perlu risau dengan tahap kebersihan sayuran manakala ada di tempat lain mereka menjual sayur-sayuran mereka yang masih berpasir dan bertanah. Apabila kita membekalkan sayuran kepada pelanggan kita, mereka sangat menyukai dan setelah membeli mereka akan terus membeli berulang kali. Sampai ke hari ini , sayuran yang kita ada juga tidak mencukupi. Seperti yang anda lihat kini semua sayuran yang kami bekalkan sudah habis kerana di hantar pada minggu yang lepas.
5 APRIL 2026 – Sesi pembelajaran Modul 4 : Asas Rekod Perniagaan...
18 Januari 2026 & 01 Februari 2026 – Program SME Digitise di...
17 Januari & 31 Januari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...
STORM CARWASH Cucian automatik | Nano Wax | Water Bending | Buang...
Leave a comment