Home BAZAAR RAKYAT ONLINE SARAWAKKU SAYANG MEE KOLOK SEDAP SIHAT BORNEO SARAWAK
BAZAAR RAKYAT ONLINE SARAWAKKU SAYANGMEDIA DIGITAL KENYALANGUSAHAWAN

MEE KOLOK SEDAP SIHAT BORNEO SARAWAK

Share
Share


MEE KOLOK SEGERA SARAWAK SEDAB BERSIH HALAL


Nama saya Normawati. Saya memulakan perniagaan saya iaitu Zuema Enterprise pada tahun 2014. Ini adalah merupakan tahun ke-8 perniagaan kami. Permulaannya, perniagaan kami beroperasi di rumah dan pada tahun 2019 kami berpindah ke Kilang Intrustri Mara, Demak Laut. 

Mee Kolok Zuema amat sesuai untuk ibu-ibu yang bekerjaya, untuk pelajar-pelajar yang jauh daripada Sarawak, untuk mereka yang mementingkan kesihatan anak-anak kerana mee kolok ini sangat selamat untuk dimakan. Mee kolok ini juga dapat bertahan lama kerana ianya tidak mempunyai wax. Untuk ibu-ibu yang bekerjaya dan tiada masa untuk memasak, bolehlah membeli mee kolok kami kerana mee kolok biasa yang selalu dijual tidak dapat bertahan terlalu lama akan tetapi mee kolok zuema ini boleh bertahan dalam tempoh setahun.  

Antara maklum balas yang kami terima daripada pelanggan kami, mee kolok zuema sangat sedap. Di samping itu juga, ia mudah untuk disimpan. Kalau zaman dahulu kita membeli mee kolok yang segar, kita hendaklah menyimpan mee kolok tersebut di dałam tempat yang sejuk tetapi berbeza dengan  mee kolok zuema hanya perlu disimpan di tempat yang kering. Selain itu, mee kolok zuema mudah untuk disediakan seperti kita memasak mee segera goreng sahaja. Kelebihannya sangat mudah dari segi cara penyediaan. 

Produk-produk yang kami bekalkan ialah mee kolok kering, mee kolok ayam dan mee kolok asli.

Lokasi pemprosesan produk zuema terletak di Kilang Industri Mara, Demak Laut. Pasaran kami merangkumi seluruh Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan pelajar-pelajar yang belajar di luar negara. Kepada individu atau mana-mana kumpulan yang ingin merasai produk zuema  atau ingin menjadi agen, boleh menghubungi kami di talian 60166914420 dan layari FB Page Zuema.

whatsapp biskut murah sedap kuching

[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Seorang usahawan haruslah ada prinsip-prinsip sendiri seperti rajin, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha sehingga berjaya dan berani menghadapi apa jua risiko yang kita hadapi. Jujur dan amanah adalah paling penting. Saya selalu pegang dengan kata-kata ini, “Impian adalah sesuatu tidak dapat digapai dengan tangan tetapi boleh digapai dengan akal fikiran. ” 

Terima Kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS). 




header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
SME DIGITISE MODUL 2 : ACCOUNTING FOR SMALL BUSINESS
BELOYA2USME DIGITISETRAINERUSAHAWAN

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 2 : ACCOUNTING FOR SMALL BUSINESS

https://youtu.be/kqBBhOfDwZ0?si=abUjZmprGPvmWZV4 15 Februari 2025 – Program SME Digitise Modul 2 : Accounting...

BELOYA2UBERITA SEMASASME DIGITISEUSAHAWAN

MSMES DIGITISE BETONG MODUL 1 : BUSINESS INTERVENTION

https://youtu.be/dZkLH_7K13s?si=oQuuKK8ZeVWlMLC-  25 Januari 2025 – telah berlangsung satu sesi latihan komprehensif di...

JANA PENDAPATANMARA DIGITAL BIZUSAHAWAN

PEMBORONG MINYAK WANGI KUCHING SARAWAK

ROSASCENTS RosaScents ialah jenama minyak wangi milik tempatan berpusat di Kuching, Sarawak...

Beauty Spa Bintulu Sarawak
MARA DIGITAL BIZUSAHAWAN

BEAUTY SPA BINTULU SARAWAK

HNJ BEAUTY SPA Whatsapp Company Profile Call Email Website Facebook Product PERKHIDMATAN...