Home KEMAHIRAN 3 ASAS PROMOSI, IKLAN DAN PEMASARAN FACEBOOK ADS
KEMAHIRAN

3 ASAS PROMOSI, IKLAN DAN PEMASARAN FACEBOOK ADS

Share
Share
ASAS MENGGUNAKAN FB ADS

Sebelum run FB Ads. Terlebih dahulu ada perlu mengetahui beberapa perkara mengenai Pemasaran Digital (Online Marketing). Terdapat tiga perkara utama yang perlu anda ketahui iaitu tiga peringkat pemasaran digital. FB Ads dapat dijalankan menggunakan Facebook Perniagaan (Facebook Page)
Kebanyakkan usahawan beranggapan apabila mengaktifkan iklan berbayar. Seharusnya akan menghasilkan jualan. Sebenarnya, ianya bergantung kepada objektif yang kita set di dalam FB Ads. Kebanyakkan iklan di FB Ads menyasarkan peringkat ke-tiga iaitu jualan. Peringkat ini memerlukan persediaan antaranya, Laman web jualan, Payment Gateway, copywriting dan sebagainya. Lebih dikenali sebagai automasi jualan.
Untuk usahawan kecil yang tidak memiliki modal yang besar. Anda boleh menggunakan FB Ads untuk memberitahu kewujudan anda atau kewujudan produk dan perkhidmatan anda untuk bakal pelanggan di sekitar kawasan anda. Tujuan bukanlah untuk menjual tetapi untuk memberitahu pelanggan sahaja.
Mungkin anda biasa mendengar ZERO MARKETING. Sebenarnya ZERO MARKETING tidak wujud. Setiap yang kita lakukan ada nilai iaitu nilai masa anda. Formulanya adalah jika tidak nilai masa digunakan maka nilai Tunai akan diguna pakai. Anda boleh menggunakan strategi promosi di laman sosial dengan kos rendah tetapi memerlukan masa yang panjang untuk mendapatkan impak.

BERIKUT ADALAH 3 PERINGKAT ASAS IKLAN DIGITAL DI FACEBOOK

ingatan bawah sedar

KESEDARAN KEWUJUDAN PERNIAGAAN ANDA

Yang pertama sekali disebut sebagai Kesedaran. Memberitahu bakal pelanggan mengenai kewujudan perniagaan kita dengan cara memaklumkan jenama, produk, perkhidmatan atau lokasi perniagaan kita. Bahagian ini bukanlah tujuan untuk menjual tetapi sekadar menarik perhatian dan memaklumkan kewujudan kita. Pada peringkat ini, mereka belum ada rasa percaya atau keyakinan dengan tawaran produk dan perkhidmatan anda. Bahagian ini penting sebelum anda ke peringkat seterusnya.
Apabila bakal pelanggan sering melihat iklan anda maka akhirnya pelanggan ini akan mudah mengingati anda serta produk dan perkhidmatan anda.
Kebiasaannya peringkat ini adalah bertujuan meningkatkan capaian maklumat, mengukuhkan jenama dan memberitahu lokasi jualan produk dan perkhidmatan sahaja. 
Syarikat besar masih menggunakan kaedah ini untuk mengekalkan kekuatan jenama mereka. Apakah alasan anda tidak melakukannya jika kos minimum RM150/sebulan?
pertimbangan untuk membeli

PERTIMBANGAN UNTUK MEMBELI PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Peringkat kedua disebut sebagai Pertimbangan. Bahagian ini adalah peringkat pelanggan kenal dengan perniagaan anda sehingga memahami penggunaan produk dan perkhidmatan anda. Mereka belum lagi berfikir untuk membeli mungkin kerana belum menerima informasi yang lengkap tentang produk dan perkhidmatan anda.
Di sini anda menyalurkan maklumat kredibiliti dan keunikan produk dan perkhidmatan anda. Di dalam iklan, anda meletakkan cara untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk anda. Bahagian ini paling sesuai untuk anda mengumpul data maklumat bakal pelanggan anda yang disebut sebagai LEAD.
Perumpamaannya adalah, pelanggan anda adalah ikan di lautan yang luas. Tetapi hanya sebahagian ikan yang suka makan cacing jenis hitam. Ikan yang suka cacing warna hitam, anda bawa dalam satu kolam. Di dalam kolam tersebut adalah potensi pelanggan 70%. Di sinilah anda bermain dengan pertimbangan pelanggan untuk menghasilkan jualan.
penukaran produk dan tunai

PENUKARAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KEPADA NILAI

Peringkat terakhir adalah peringkat Penukaran. Pada perinkat ini anda menukarkan produk dan perkhidmatan anda kepada nilai tunai. Berlaku jualan antara penjual dan pengguna. Antara sebab jualan berlaku adalah kerana pelanggan mempercayai produk dan perkhidmatan anda. Selain itu, sebab lain adalah kerana desakan, pujukan atau maklumat yang dibekalkan anda kepada pelanggan mencukupi. Bahagian lebih sesuai menggunakan laman sesawang surat jualan.
Ada yang menggunakan surat jualan untuk menjual secara automasi dan ada juga menggunakan web e-dagang. Terpulang kepada anda yang mana sesuai. Web surat jualan lebih sesuai menjual fokus satu produk sahaja dan e-dagang menjual pelbagai produk.
e-dagang memerlukan kekuatan kesedaran jenama lebih tinggi berbanding surat jualan kerana potensi pelanggan membeli adalah jika timbul keyakinan atau kepercayaan untuk membeli dengan anda berdasarkan kekuatan jenama.
————————————————-
Semoga artikel ini membantu anda memahami pemasaran digital menggunakan Facebook Ads. Jika terdapat kesilapan atau pertanyaan. Anda boleh tinggalkan ulasan di bawah.
beloya2u akan membuat artikel lanjutan bagaimana setting iklan menggunakan boost lebih efektif. Tekan butang follow di blog ini, Follow facebook page beloya2u dan join channel telegram usahawan sarawakku sayang untuk mendapat info terkini.
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANKEWANGAN

CARA MENGELAKKAN PENIPUAN MELALUI AKAUN BANK

Penipuan melalui akaun bank merupakan ancaman yang semakin serius, terutamanya dalam era...

pelaburan emas atau saham
KEMAHIRANKEWANGAN

PELABURAN EMAS VS SAHAM: MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

Dalam dunia kewangan, pelaburan merupakan langkah penting bagi mereka yang ingin mengembangkan...

pelaporan, data, pengurusan
KEMAHIRANKEWANGAN

TEKNOLOGI DAN AUDIT : TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PROSES PENGAUDITAN

Dalam era digital yang pesat berkembang, teknologi telah mengubah hampir setiap aspek...

cara memilih komputer, komputer yang bagus digunakan
AWARENESSKEMAHIRAN

TIPS MEMILIH KOMPUTER UNTUK PENGEDITAN VIDEO ATAU GRAFIK

Dalam bidang kreatif seperti pengeditan video dan grafik, memilih komputer yang tepat...