Home BESUSEY 7 CARA MENGHADAPI INDIVIDU YANG TIDAK PANDAI BERTERIMA KASIH
BESUSEYMOTIVASI

7 CARA MENGHADAPI INDIVIDU YANG TIDAK PANDAI BERTERIMA KASIH

Share
Share
Antara kita mungkin pernah melalui pengalaman orang yang dibantu tidak mengucapkan terima kasih. Malah ada yang lebih kritikal membenci kerana hasad dengki.
Membantu orang lain membuatkan hati tenang. Namun apabila orang yang dibantu membuat khianat akan melahirkan rasa kesal.
Kekesalan yang boleh membawa tekanan perasaan, kemurungan dan rasa putus ada. Hadapi rasa negatif dengan 7 cara ini.
7 cara hadapi individu yang tidak tahu berterima kasih

BAGAIMANA HADAPI ORANG YANG TIDAK MENGENANG BUDI DAN TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH

SENTIASA MENUNJUKKAN KAREKTER YANG JUJUR

jadi diri sendiri

(1) Ini disebut sebagai keikhlasan. Tidak perlu bermuka-muka ketika membantu. Ramai yang keliru erti keikhlasan. Berkerja dan menerima gaji bukan bererti tidak ikhlas.
Ikhlas bekerja adalah tidak mengkhianati kerja iaitu tidak menipu. Karekter yang jujur tidak akan membebankan jiwa anda apabila ada berjumpa dengan individu yang tidak tahu berterima kasih.
Orang suka atau tidak suka terpulang kepada mereka. Asalkan apa yang kita lakukan tidak melanggar hukum agama atau tatasusila masyarakat. Jangan bebankan jiwa dan hargai diri anda sendiri.
Jadi diri sendiri yang berdiri di kaki sendiri dan jangan menipu diri sendiri dengan berlakon baik.

BERSIKAP RENDAH DIRI

(2) Sekalipun anda berjumpa dengan orang medabik dada. Malah langsung tidak berterima kasih. Sikap rendah diri membantu meredakan rasa tidak puas dalam hati anda.
Syukur dengan apa yang tiada dan menghargai apa yang ada. Segala yang baik pada pandangan mata kita belum tentu baik untuk kita atau sesuatu yang kita ingin dan harapkan belum tentu baik untuk kita.
Segalanya hanya diketahui oleh yang maha esa. Biarkan sahaja mereka dengan keangkuhan mereka. Kita dengan rasa cukup dan rendah diri akan membuatkan hati kita lebih tenang.

berdoa

JANGAN BERHENTI MEMBUAT KEBAIKAN

(3) Putus asa membuat kebaikkan apabila kebaikan yang kita lakukan tidak dihargai adalah kesilapan yang besar dalam hidup.
Percayalah!. Allah swt sebenarnya telah merancang sesuatu yang lebih besar untuk anda. Hanya kerana putus asa melakukan kebaikan. Anda telah kehilangan sesuatu yang lebih besar.
Buat baik pun orang benci. Apatah lagi jika melakukan keburukkan. Lakukan kebaikan bukan bersandar pada orang lain. Tetapi bersandar kepada Allah swt.
Sudut pandangan yang cetek dan kecil ini hanya dapat melihat balasan terima kasih. Padahal hadiah paling besar adalah pahala dan mungkin juga keberuntungan besar akan datang.
Jangan putus asa dan teruskan melakukan kebaikan kerana keberuntungan bukan sekadar perkataan terima kasih dari orang yang anda tolong.

JANGAN MENGHARAPKAN BALASAN MELAKUKAN KEBAIKAN DARI MANUSIA

(4) Mind Setting atau pengaturan minda. Minda yang terlalu mengfokuskan balasan atas kebaikan akan menjadi buta melihat kelebihan lain.
Jika anda terlalu mengharapkan balasan atas kebaikkan yang anda lakukan. Percayalah!. Sikap ini akan menyiksa jiwa anda.
Tukar cara anda berfikir. Kebaikkan yang anda lakukan adalah untuk diri anda sendiri. Untuk melatih menjadi yang terbaik antara yang baik dalam kalangan masyarakat.
Balasan kebaikan yang datang dari manusia adalah fatarmorgana dan balasan dari kebaikan kita dari Allah swt adalah hakikat sebenar.

BESIKAP TERUS TERANG YANG BERHIKMAH

teguran berterima kasih

(5) Jika anda boleh berkomunikasi terus dengan individu yang tidak tahu berterima kasih. Itu lebih baik tetapi berhati-hati dengan setiap ayat yang kita lontarkan.
Barangkali individu tersebut hanya terlupa atau ada masalah kesihatan untuk mengingati sesuatu atau tidak jelas pertolongan yang sudah kita lakukan.
Mereka mungkin ada sebab untuk tidak berterima kasih yang kita sendiri tidak nampak. Fikiran kita ditutupi melihat kebenaran hanya kerana ingin mendapat perhatian.
Bercakap terus dengan individu tersebut dan bertanya apakah dia sedar kita ada di situ untuk membantunya. Jika ya!. Ajarkan secara nada bergurau tanpa menyinggung perasaannya.
Jika anda tidak mempunyai kekuatan untuk bercakap. Lupakan saja dan jangan salahkan dia, kerana anda sendiri tidak jelas punca dia tidak berterima kasih.

MENJARAK HUBUNGAN TETAPI MASIH BERSILATURAHIM

(6) Kebanyakkan orang kita bertindak memutuskan silaturahim apabila tidak sebulu atau tidak puas hati dengan tindakkan orang lain.
Kesalahan tersebut nampak besar kerana kitak fokus pada kesalahan. Padahal, kesalahan tersebut kecil berbanding kebaikkan yang pernah dia lakukan.
Tetap bercakap dan tetap senyum. Cuma, kurangkan pergaulan jika individu tersebut melapaui batas yang mungkin boleh mengakibatkan pergaduhan.
Mengurangkan pergaulan bukan bermaksud memutuskan silaturahim. Tetapi, hanya tidak bersosial bersama sahaja.
Jika ini cara yang terbaik untuk mendapatkan kehidupan atau suasana yang lebih tenang. Lakukan tanpa tapi dan terus bergerak ke hadapan untuk meningkatkan martabat diri sendiri.

BERSERAH DENGAN KETENTUAN YANG ESA

berselah dengan ketentuan yang esa

(7) Tidak semua yang kita rancang akan terjadi seperti yang kita inginkan. Kita mungkin pakar merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah swt.
Baik atau buruk yang kita hadapai. Serahkan kepada nya. Tiada daya atau kekuatan kita melainkan dengan kuasa Allah swt.
Orang yang tidak berterima kasih atas kebaikan kita adalah ujian ataupun cara Allah swt menegur kita. Mungkin kita pernah bersikap seperti itu sebelum ini.
Doa yang baik-baik. Doakan dia dan kita sendiri mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Bukankan itu lebih baik dan menyenangkan. Bersihkan hati untuk kekuatan jati diri.
Diberi ujian kita syukur dan diberi kebaikan pun kita syukur. Dunia tidak akan mampu berbuat apa-apa dengan kita. 
Dengan erti kata lain. Terima Kasih hanyalah hiasan dunia yang tiada nilai berbanding hasil yang akan dituai di akhirat kelak.

Jika anda mempunyai pandangan lain. Sila tinggalkan komen di bawah.
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANMOTIVASI

MANFAAT PROGRAM INTERNSHIP UNTUK PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI

Program internship atau latihan industri merupakan salah satu komponen penting dalam sistem...

MOTIVASI

MENGGALI POTENSI DIRI:LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KECEMERLANGAN PERSONAL

Setiap individu dilahirkan dengan potensi yang unik dan tidak terbatas. Namun, seringkali...

MOTIVASINORA MORSHIDI

PACE & LEAD UNTUK JUALAN MEROKET DALAM PERNIAGAAN.

Menyelami dunia Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam jualan akan membawa usahawan  ke...

MOTIVASI

KUADRAN ALIRAN TUNAI DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum, Saya Khalifah Khalik pekongsi ilmu keusahawanan anda dalam video ini.Quadrant cash...