Kebanyakkan usahawan menyedari bahawa membangun jenama amat penting dalam perniagaan. Kita boleh melihat sendiri mereka mencipta identiti perniagaan mereka.
Namun begitu, terdapat juga usahawan tidak menyedari perkara ini. Mereka hanya fokus kepada meningkatkan jualan sahaja.
Fokus kepada jualan sahaja tanpa menyertakan identiti melalui jenama akan memberi impak jualan jangka pendek.
Perniagaan tanpa jenama umpama perniagaan memiliki roh tanpa jasad. Gentayangan di alam usahawan. Artikel ini akan membahas 7 cara asas membina jenama perniagaan
BERIKUT ADALAH ASAS MEMBANGUN JENAMA PERNIAGAAN YANG BOLEH MEMBANTU USAHAWAN
MENCIPTA LOGO MEWAKILI ENTITI PERNIAGAAN
Logo adalah alatan penting untuk membina Jenama. Ada beberapa cara untuk MEMBUAT logo
Antaranya menggunakan aplikasi Canva ATAU perisian Adobe Photoshop ATAU Adobe Illustrator.
ATAU anda boleh mengupah orang lain untuk mecipa logo anda. Logo haruslah ringkas Dan menarik.
JANGAN terlalu banyak menggunakan warna. Maksimum 3 warna sahaja. Lebih bagus kalau rekaan menggunakan warna yang hampir sama.
JANGAN mengguna gambar kecuali gambar dalam bentuk satu ATAU dua warna sahaja.
Kata kunci logo adalah ringkas, mudah difahami, mudah di ingati, TIDAK kompleks, tidak menggunakan warna yang banyak Dan senang dilukis.
Jika logo sudah siap. Dapatkan pendapat orang lain ATAU orang yang biasa dengan pembangunan penjenamaan.
TAGLINE BERKAITAN DENGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Kebiasaannya menggunakan ayat yang ringkas Dan tidak panjang. MEWAKILI PRODUK Dan PERKHIDMATAN.
Mudah disebut Dan ada sentuhan emosi apabila disebut. Yang penting sekali. Mudah di ingati.
Selalunya menggunakan tiga ATAU empat patah perkataan sahaja. Tagline yang tepat akan menanam minda bawah sedar pengguna.
JANGAN terlalu berlebihan. Suaikan dengan kekuatan PRODUK Dan PERKHIDMATAN.
Tagline bagaikan janji kepada PELANGGAN. Jika berlebihan akan mengakibatkan hilang percaya PELANGGAN kerana PRODUK Dan PERKHIDMATAN tidak seperti yang digambarkan.
IKLAN BERBAYAR DIGITAL FOKUS BAKAL PELANGGAN
Siapa yang perlu mengingati Jenama anda? Pastinya BAKAL PELANGGAN anda. Siapa PELANGGAN anda?
Pastikan anda memahami apakah masalah yang diselesaikan oleh PRODUK Dan PERKHIDMATAN anda.
Apabila anda memahami masalah yang diselesaikan oleh PRODUK Dan PERKHIDMATAN anda. Maka anda akan dapat mengenalpasti siapa PELANGGAN anda.
Contohnya, penjual kek. Siapakah yang makan kek? Mengapa mereka membeli kek? Apakah keperluan yang dipenuhi apabila mereka membeli kek?
Orang yang membeli kek adalah individu yang bekerja Dan ada kuasa beli. Membeli kek kerana memenuhi keperluan emosi.
Emosi untuk menghargai, merasai Dan suka hiasan kek. Emosi paling sensitif adalah wanita Dan miliki kuasa beli dalam lingkungan umur 23 hingga 45 tahun.
IKLAN KEPADA BAKAL PELANGGAN yang berpotensi adalah seperti jawapan yang anda jawab. Pastikan mereka dapat melihat Jenama anda belegar di media sosial.
SUMBANGAN ATAU PENAJAAN AKTIVITI KOMUNITI
Antara cara yang ampuh untuk mengetengahkan Jenama anda dalam masyarakat setempat.
Paling sesuai untuk perniagaan yang mempunyai premis. Logo anda dicetak atas BANTING promosi program KOMUNITI.
Ataupun anda diberi peluang membuka tapak jualan ATAU pameran. Pastikan anda memasukkan tagline untuk orang lain memahami aktiviti perniagaan anda.
Jenama anda akan disebarkan di media massa ATAU media sosial oleh pengurus program secara organik.
Capaian jenama meningkat untuk kawasan tertentu. Perniagaan anda akan mendapat perhatian. Inilah impak Jenama.
KOLABORASI PROGRAM-PROGRAM BERKAITAN DENGAN AKTIVITI PERNIAGAAN
Kolaborasi boleh membantu meningkatkan kekuatan Jenama. Penganjuran program dengan kos yang RENDAH.
Program di uruskan oleh orang lain Dan anda sebagai pengurus khas program tersebut. Contohnya membuat hiasan ATAU mendapatkan Dana program.
Perlu kolaborasi dengan program yang berimpak tinggi. Di mana, anda boleh membuat keputusan perancangan program.
Masukkan aktiviti yang membantu mempromosikan Jenama anda. Seperti pertandingan sketsa KASIH sayang keluarga dengan kek.
CETAKKAN BANNER BANTING DAN PAPAN TANDA PERNIAGAAN
Meletakkan Jenama pada BANTING Dan BANNER untuk tontonan orang ramai yang lalu lalang di sekitar premis.
Meletakkan papan tanda perniagaan (signboard) pada bangunan tinggi supaya mudah dilihat walaupun Dari jauh.
Semasa mengikuti program ATAU aktiviti yang melibatkan orang ramai. Banner Dan banting amat memberi kesan yang bagus untuk Jenama anda.
Pastikan rekaan banner ATAU banting ringkas Dan mudah difahami dalam pandangan 3 ke 6 saat sahaja.
Kebiasaan nya trafik yang lalu-lalang hanya membuat imbasan pada banner ATAU banting.
STIKER KENDERAAN DAN CENDERAHATI
Meletakkan tanda Jenama pada KENDERAAN yang mampu dilihat oleh orang lain sekitar lokasi KENDERAAN tersebut bergerak.
Ataupun meletakkan STIKER pada CENDERAHATI yang diberikan kepada individu ATAU kumpulan jugak sesuatu menarik untuk dibuat.
Jenama ada pasti berada di merata tempat. Kesan yang baik adalah apabila Jenama tersebut melekat dalam mindak orang ramai disebabkan terbiasa melihat jenama anda.
Pastikan STIKER kontras dengan warna latar perkataan ATAU logo. Dari jauh sudah menarik perhatian mata untuk memandang.
Anda juga boleh menghadiahkan Stiker kepada PELANGGAN anda untuk diletak di tempat yang mereka sukai.
Pastikan anda menggunakan kualiti Stiker yang tepat. Tahan hujan ataupun panas. Ataupun dapatkan jaminan Stiker tahan untuk tempoh setahun sekurang-kurangnya.
Terdapat pelbagai lagi kaedah kreatif yang boleh dilakukan untuk membangun jenama perniagaan. Kemahiran komunikasi adalah asas penting dalam perniagaan. Berkata jujur adalah kunci jenama perniagaan lebih bertahan lama.
Leave a comment