Pendapatan melalui Digital adalah pendapatan untuk content creator. Individu yang boleh menyediakan bahan yang diminati warganet.
Apabila tontonan dan pembacaan mempunyai trafik yang tinggi, maka iklan muncul dan dari situ pendapatan digital dihasilkan.
Selain tontonan dan pembacaan, bahan digital juga boleh dijual dalam bentuk gambar dan video di platfom tertentu dengan syarat tertentu.
Dalam artikel ini kami berkongsi beberapa platfom yang boleh menghasilkan pendapatan digital yang lumayan.
Kemahiran video editing, penulisan atau rekaan grafik adalah kemahiran yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.
BERIKUT ADALAH 7 CARA MEMBUAT PENDAPATAN SECARA ONLINE
YOUTUBE
(1) Merupakan enjin carian ke dua selepas Google dan mampu memberi pendapatan yang lumayan bergantung kepada jumlah tontonan.
Untuk menjana pendapatan di YouTube. Beberapa syarat harus dipenuhi untuk melayakkan anda menjadi YouTube Partner.
Syarat tersebut adalah, anda perlu memiliki 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan dalam masa 365 hari.
Apabila anda memenuhi syarat tersebut. Anda dikehendaki mengaktifkan Google Adsense. Bayaran akan dibuat melalui Google Adsense.
Jumlah bayaran bergantung kepada jumlah tontonan. Semakin banyak penonton, Maka semakin banyak IKLAN dilihat oleh penonton.
Pendapatan dihasilkan Dari IKLAN tersebut. Pastikan anda tidak melanggar polisi yang ditetapkan oleh YouTube sepanjang proses ke arah monetization.
Jangan menggunakan Muzik milik orang lain. Jangan mengambil video orang lain. Jangan memasukkan bahan yang berunsur keganasan.
Anda perlu mengetahui polisi YouTube yang berubah-ubah setiap tahun.
(2) Merupakan media sosial yang paling aktif dan mempunyai trafik yang banyak. Pendapatan digital hanya dapat dibuat melalui Facebook page.
Terdapat beberapa syarat kelayakkan pendapatan Digital melalui Facebook page. Namun level berbeza mengikut Jenis pendapatan.
Berikut adalah antara pendapatan digital melalui facebook page:
- Star ⭐ gift – dengan syarat 100 pengikut (follower) dan membuat live stream 4 jam selama 2 hari berturut-turut dalam tempoh 14 hari.
- Instream ads – dengan syarat 10,000 pengikut (follower) dan 600,000 minit tontonan dalam tempoh 60 hari dan 5 video aktif dalam facebook page.
- Subscribe fee – 10,000 pengikut (follower) atau 250 penonton tetap dan 50,000 klik (engagement) atau 180,000 minit tontonan
TIKTOK
(3) Sosial Media yang popular berpotensi mengatasi Facebook. Dengan ciri video pendek menarik minat banyak anak muda.
Terdapat 5 cara untuk menjana pendapatan melalui TikTok iaitu:
Live Stream di Tiktok amat mudah dan banyak youtuber beralih kepada Tiktok. Syarat untuk live stream di Tiktok adalah memiliki 1,000 pengikut (follower).
Untuk akaun yang kurang daripada 1,000 pengikut, masih boleh membuat live stream tetapi tidak dapat membuka kamera dan menjadi sub-streamer untuk live stream yang memiliki 1,000 pengikut.
Jemputan Tiktoker baru merupakan ciri baru Tiktok untuk menjana pendapatan setelah Tiktok Shop wujud.
Nilai komisen bergantung kepada kempen dan jumlah individu yang mendaftar akaun Tiktok.
Kempen Tiktok adalah kempen pengiklanan. Jemputan akan diberikan kepada Tiktoker yang layak melalui notifikasi khas.
Komisen jualan Tiktok Shop boleh diperolehi dengan menjual barang sendiri di Tiktok atau menjual barangan orang lain.
Ciri-ciri jualan hampir sama dengan kaedah Affiliate Marketing. Menggunakan link khas dan mempromosikan link tersebut kepada pengguna Tiktok lain.
Review produk adalah pendapatan daripada peniaga yang meminta kita untuk mempromosi produk/perkhidmatan melalui video pendek.
Kaedah video adalah bergantung kepada Tiktoker itu sendiri.
GETTY IMAGE
(4) Menukar aktiviti mengambil gambar kepada pendapatan lumayan. Potensi pelanggan lebih 1.5 juta.
Cara untuk mendaftar dan mendapat kelayakan menjual gambar di Gettyimage adalah:
- Muat turun aplikasi Contributor yand disediakan oleh Getty Image.
- Muat naik gambar, ilustrasi atau video (melalui pautan youtube)
- Pihak Getty Image akan memproses dan memberitahu anda jika hasil anda diterima Getty Image atau iStock oleh Getty Image
Syarat lain adalah, anda harus berumur 18 tahun ke atas.
Jika hasil kerja anda diterima, anda akan menerima undangan daripada Getty Image dan iStock melalui Getty Image.
Setelah anda menjadi Kontributor, hasil kerja anda masih dipantau oleh Getty Image sebelum dipaparkan kepada bakal pelanggan.
BLOGGER
(5) Aktiviti PENULISAN digital yang jarang diketengahkan tetapi menghasilkan pendapatan lumayan kepada penulis yang aktif menulis.
Antaranya adalah blog Kamek Miak Sarawak yang menjana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan dan blog Cikgu Happysus sebanyak RM6,400 sebulan.
Anda hanya perlu mendaftar blog melalui Blogger dengan syarat menggunakan akaun Gmail.
Setelah anda mendaftar, Anda mencipta blog anda sendiri secara percuma menggunakan sub-domain blogspot.com.
Anda perlu membuat beberapa post atau penulisan terlebih dahulu. Saya cadangkan 6 artikel. Selepas itu, anda boleh mendaftar dengan nuffnang atau Google Adsense.
Mendaftar Nuffnang lebih mudah berbanding Google Adsense. Dari sini anda menjana pendapatan melalui blog.
Setiap iklan yang muncul di blog anda akan menghasilkan pendapatan jika berlaku klik pada iklan.
CANVA
(6) Terlebih dahulu, anda perlu memiliki akaun Canva. Pendaftaran boleh dilakukan dengan menggunakan akaun Facebook dan Akaun Google.
Selepas anda mendaftar akaun Canva. Langkah seterusnya adalah mendaftar menjadi contributor Canva melalui link Contributor Hub dalam laman Canva.com.
Setelah membuat pendaftaran, anda kemudian boleh memuatnaik hasil grafik anda. Hasil kerja anda akan dinilai oleh pihak Canva.
Pastikan anda mengikuti terma dan syarat serta tidak melanggar ciri-ciri grafik atau video yang dibenarkan oleh Canva.
Nilai bayaran bergantung kepada hasil kerja anda. Contohnya grafik single dan grafik double.
Nilai bayaran grafik single lebih kurang RM1.46 dan grafik double lebih kurang RM14.90. Manakala lain-lain bergantung kepada jadual yang diberikan oleh Canva.
AFFILIATE
(7) Menjual produk dan perkhidmatan melalui link khas yang disediakan oleh penjual seperti Shopee, Klik Jer dan sebagainya.
Menjual produk melalui affiliate tidak memerlukan modal untuk menyimpan stok. Anda hanya perlu mempromosikan link.
Masukkan perkataan, link, video atau gambar menarik di tempat yang tepat akan menarik ramai bakal pelanggan untuk membeli melalui link tersebut.
Kebanyakkan link affiliate menanam cookies di dalam peranti pelanggan dalam tempoh lebih kurang 30 hari.
Jika belian berjaya berlaku dalam tempoh tersebut, maka anda layak untuk mendapat komisen
Leave a comment