Artikel ini adalah bab ke 2 dalam buku RICH DAD POOR DAD.
Kami sarankan anda membaca dulu artikel Orang Kaya Tidak Bekerja Untuk Wang sebelum anda meneruskan membaca artikel ini.
Artikel ini adalah kesinambungan artikel tersebut. Memahami sikap manusia terhadap Wang atau duit.
Seperti yang kami beritahu sebelum ini. Artikel ini adalah ringkasan kefahaman pembacaan dalam buku tersebut.
Tajuk Kali ini kelihatan berat dan membosankan iaitu, kenapa perlu belajar pendidikan kewangan? Tetapi pengisiannya adalah ringkas dan mudah.
Dalam artikel ini, kami sertakan gambarajah penerangan penyata pendapatan dan kunci kira-kira.
MENGAPA PERLU BELAJAR PENGURUSAN KEWANGAN? DAN APA YANG PERLU DIFAHAMI
Rich Dad seorang yang kurang menggunakan perkataan tetapi lebih menunjukkan gambaran dan memberi pengalaman.
Bahagian ini menekankan kefahaman mengenai kewangan dan anda perlu benar-benar memahami antara Aset dan Liabiliti.
Selain itu, anda perlu tahu apa itu belanja dan pendapatan.
Terdapat perbezaan ketara penerangan buku ini mengenai aset. Pengertiannya tidak sama seperti yang difahami kebanyakkan akauntan.
“Aset adalah menambah wang di dalam poket manakala liabiliti mengambil wang dalam poket kita”
Ingat!! Kefahaman ini tidak sama dengan apa yang dipelajari dalam matapelajaran akauntan.
Tidak seperti kebiasaan kita meletakkan sesuatu yang beharga sebagai aset. Contohnya rumah. Rumah boleh menjadi Aset dan liabiliti bergantung kepada kita.
Bagaimana kita mengurusnya. Ianya akan menjadi beban jika rumah tersebut terus mengambil wang dari poket kita.
Disebabkan itu, Maka anda sepatutnya sudah sedar pentingnya ilmu mengurus kewangan.
Formulanya adalah Aset tinggi menghasilkan pendapatan yang tinggi. Liabiliti rendah dan perbelanjaan yang rendah mampu menstabilkan pendapatan.
Sebelum kita melihat gambarajah di bawah. Terlebih dahulu anda perlu memahami apa itu penyata pendapatan dan apa itu kunci kira-kira.
Penyata pendapatan adalah petunjuk pendapatan masuk dan perbelanjaan yang kita buat dari hasil pendapatan.
Kunci kira-kira pula adalah petunjuk status kewangan kita. Sama ada Aset melebihi liabiliti atau sebaliknya.
Gambarajah di bawah menunjukkan penyata kewangan orang kaya. Mereka menghasilkan Aset untuk meningkatkan pendapatan.
Gambarajah di bawah ini pula menunjukkan kewangan golongan pertengahan. Mereka menggunakan liabiliti untuk membuat perbelanjaan.
Akhirnya liabiliti akan meningkat dan akan menyebabkan golongan ini tertekan oleh hutang piutang.
Golongan dalam gambarajah di bawah dikategorikan sebagai miskin. Tidak pernah merasa cukup.
Bekerja untuk menghasilkan pendapatan dan terus dibelanjakan tanpa memikirkan aset untuk meningkatkan kolum pendapatan.
Gambarajah dapat menerangkan secara ringkas maksud penulis. Gambarajah ketiga menerangkan kerja untuk beroleh pendapatan.
Bukanlah menjurus kepada individu bekerja sahaja. Berniaga juga bekerja dengan diri sendiri yang juga dikategorikan sebagai bekerja.
Bekerja untuk berbelanja tanpa mengisi ruang aset di dalam kunci kira-kira.
Penulis juga memberitahu, beliau pernah berjumpa dengan jutawan dan usahawan sukses. Tetapi pengakhiran hidup mereka begitu sadis bertemankan tragis dalam tempoh 25 tahun.
Ada yang membunuh diri, muflis dan hilang arah hidup. Pada pendapat kami, mungkin individu ini kurang didikan agama dan gagal mengenal erti kehidupan.
Perkongsian menarik lain adalah mengenai kuasa pedang, kuasa permata dan kuasa cermin yang diperkenalkan oleh Jepun.
Kuasa pedang adalah kuasa senjata seperti yang dilakukan oleh US. Menjadi polis dunia dan sekarang China dan Russia juga menjadi kuasa pedang terbaru.
Kuasa permata seperti negara yang memiliki emas dan minyak. Kuasa untuk menentukan harga bahan mentah di pasaran.
Kuasa cermin adalah kuasa yang dipraktikan di Jepun. Kuasa mengenal diri sendiri dan meningkatkan prestasi diri. Kuasa yang mampu mengukuhkan jati diri.
Jika kita kenal diri kita. Kita boleh mengatasi pelbagai halangan dan menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan oleh orang lain.
Proses mengenal sikap dalam aktiviti kewangan memerlukan anda memahami konsep kewangan yang diterangkan dalam artikel ini.
Leave a comment