Artikel ini adalah kefahaman ringkas mengenai buku RICH DAD POOR DAD yang ditulis oleh Robert T.Kiyosaki.
Apa yang ditulis dalam artikel ini adalah bab pertama dalam buku tersebut yang bertajuk Orang Kaya Tidak Bekerja Untuk Wang.
Pernah membaca buku ini suatu ketika dulu. Tetapi ketika itu kefahaman sekadar level tertentu sahaja.
Berbanding sekarang dengan pelbagai pengalaman dalam dunia keusahawanan.
Umpamanya seorang dewasa mengajar anak lelaki berusia 6 tahun untuk tidak bermain dalam melakukan aktiviti nya.
Kanak-kanak secara azalinya belajar dengan cara bermain dan mengembara dalam ruang lingkup pemikirannya.
Dia tidak dapat merasa apa yang dirasai oleh orang dewasa kecuali setelah mereka melaluinya. Ianya adalah proses.
Pembelajaran di sekolah atau universiti kebanyakkannya tidak menyentuh realiti kehidupan yang penuh tekanan.
Ini kerana mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan tekanan. Lebih-lebih lagi kebanyakkan mereka dimanja oleh ibu bapa.
BAGAIMANA DAN APAKAH MAKSUD ORANG KAYA TIDAK BEKERJA UNTUK WANG TETAPI WANG BEKERJA UNTUK MEREKA
Banyak orang berfikir bahawa dengan wang dapat menyelesaikan semua masalah. Tetapi tidak bagi Rich Dad seperti yang ditulis dalam bab satu buku ini.
“Kata kuncinya adalah, kekurangan wang akan menyebabkan kita takut dan jika mendapat banyak wang akan membuatkan emosi kita menjadi tamak untuk memiliki pelbagai yang kita inginkan.”
Kata-kata ini bukan tertakluk kepada orang miskin atau sederhana sahaja, tetapi juga melibatkan orang yang merasakan diri mereka kaya.
Jika difahami keseluruhan teks. Pengertiannya lebih kurang seperti ini:
“Jika kita kejar dunia. Kita akan dapat dunia dan kita kejar akhirat maka kita akan dapat dunia dan akhirat”
Wang bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi jika anda gagal mengawal emosi. Gagal mengerti menguruskan kewangan.
Orang kaya semakin banyak hartanya semakin mereka takut akan kehilanganya dan orang miskin akan terus miskin jika tidak pernah rasa cukup.
Di dalam Al-Quran. Ayat berlawanan kepada Kaya bukanlah Miskin tetapi kecukupan. Miskin hanya wujud jika anda tidak pernah merasa cukup.
Dari bab ini kita dapat belajar bahawa manusia melarikan diri dari masalah dengan mendapatkan wang untuk merasa lega dari masalah.
Padahal setelah mendapatkan wang. Emosi tamak (rasa tidak cukup) akan menghambat jiwa dan akhirnya kembali kepada masalah hakiki.
Tidak ada jawapan yang diberi dalam bab ini. Tetapi bab ini banyak memberi gambaran ilmu kehidupan amat penting dari fokus mencari wang semata-mata.
Masalah tidak akan selesai apabila sudah mendapat wang. Ianya akan habis dan masalah asal akan kembali.
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, hidup harus bersyukur, menghargai, berusaha dan bertawakal.
Syukur bermaksud menggunakan setiap pancaindera dan sumber yang ada untuk terus bergerak kehadapan.
Menghargai bermaksud menjaga dan merawat setiap apa yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung.
Berusaha bermaksud tidak berputus asa dan bergerak tanpa malas atau tanpa tapi apabila mengusahakan sesuatu.
Bertawakal bermaksud meletakkan segala keputusan atau ketentuan hanya kepada Allah swt. Hati akan tenang dan percaya gagal atau berjaya adalah hikmah yang baik untuk kita.
Sekian.
Buku Rich Dad Poor Dad edisi Bahasa Melayu
Leave a comment