Home BESUSEY MENJAGA PERNIAGAAN (BISNES) SENDIRI. MESEJ UNTUK ORANG BEKERJA DAN BERNIAGA
BESUSEYRICH DAD POOR DAD

MENJAGA PERNIAGAAN (BISNES) SENDIRI. MESEJ UNTUK ORANG BEKERJA DAN BERNIAGA

Share
Share
beli aset untuk menghasilkan aset

Artikel ini adalah ulasan pelajaran ke-3 atau bab tiga dalam buku RICH DAD POOR DAD. Buku yang membincangkan hal ehwal pengurusan kewangan.
Sebelum anda melanjutkan pembacaan artikel ini. Anda disarankan terlebih dahulu membaca 2 artikel ini:
2 artikel tersebut akan membantu anda memahami isi penting dalam artikel ini.
Seperti yang diberitahu sebelum ini. Artikel yang ditulis adalah rumusan dan kefahaman hasil pembacaan buku RICH DAD POOR DAD.

ORANG BEKERJA ATAU BERNIAGA HARUS MENJAGA BISNES SENDIRI

Antara yang menarik perhatian adalah kehadiran figura Ray Kroc iaitu pengasas McDonald’s.

Banyak menyangka perniagaan McDonald’s adalah menjual burger. Tetapi hakikat sebenarnya adalah tidak.

Itulah perkongsian dari Ray Kroc pengasas McDonald’s. Beliau sebenarnya menjalankan perniagaan hartanah.
Setiap orang yang melabur dalam francaisnya turut melabur dalam bidang hartanah bagi pihak organisasi Ray Kroc.
Kebanyakkan dari kita fokus kepada kolum pendapatan sehingga sentimen melanjutkan pelajaran adalah bertujuan mendapatkan pekerjaan yang bagus.
Dari situ kita dapat kenalpasti bahawa kita hanya fokus kolum pendapatan. Akhirnya mengisi ruang kolum perbelanjaan dan mengurangkan aset.
Padahal aset adalah kolum penting. Jika anda tidak membaca artikel yang diterbitkan sebelum ini. Anda akan keliru dengan penyataaan ini.
Sentimen tersebut akhirnya menjadi punca ramai orang bekerja untuk orang lain sepanjang hidup mereka.
Membeli aset adalah kaedah jaga perniagaan sendiri. 
Tetapi terlebih dahulu anda perlu memahami maksud aset yang diterangkan artikel sebelum ini.
Contoh aset adalah seperti berikut:
  1. Perniagaan yang tidak memerlukan anda berada di situ. Ianya berjalan dengan sendirinya.
  2. Saham
  3. Bon
  4. Pelaburan hartanah yang menjana pendapatan
  5. Royalti harta intelek seperti Muzik, skrip dan paten
  6. Atau apa sahaja bernilai yang boleh menjana pendapatan atau menambah nilainya dalam pasaran semasa.
beli aset untuk menghasilkan aset

Aliran masuk pendapatan seterusnya ke kolum aset untuk meningkatkan kolum pendapatan dengan syarat aset dalam kategori yang diterangkan di atas.
Golongan pertengahan dan bawahan adalah, golongan yang menerima pendapatan dan mengutamakan perbelanjaan terlebih dahulu berbanding berfikir meningkatkan aset.
Kemewahan sebenar adalah menikmati hasil daripada pelaburan aset. Contohnya membeli sebuah kereta hasil daripada kutipan rumah sewa yang dikumpul selama 2 tahun.
Namun kebiasaanya banyak orang dengan senang hati pergi membeli kereta baru atau barangan mewah secara hutang yang akan menambah kolum liabiliti mereka.
Inilah yang membezakan orang kebanyakkan dengan orang kaya.
Jika dilihat dari realiti kehidupan. Isu pegangan bumiputera banyak dilepaskan kepada bukan bumiputera.
Jika isu ini dibiarkan. Percayalah, golongan bumiputera atau orang asal ini akan mengemis di bumi sendiri.
Perlu difahami bumiputera termasuk Melayu, Iban, Bidayuh, Kadayan, Melanau dan pelbagai suku kaum kecuali Cina dan India.
Kaum ini adalah orang asal yang mendiami tanah ini berjuang untuk hidup serta menjaga kedaulatan tanah air.
Bukan berjuang sekadar menjaga perut agar tidak kosong. Sejarah sudah banyak membuktikan perkara tersebut.
ORANG KAYA TIDAK BEKERJA UNTUK WANG
Buku Rich Dad Poor Dad edisi Bahasa Melayu
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
Lagu Raya yang membudayakan pelbagai kaum
BELOYA2UBESUSEYHIBURANUncategorized

LAGU RAYA YANG MEMBUDAYAKAN PELBAGAI KAUM

Raya Ini – Lagu Raya yang membudayakan pelbagai kaum. “Raya Ini”  membawa kelainan...

BESUSEYSARAWAKTEMPATAN

KAMPUNG TRUSAN JAYA SEMATAN

Kampung Trusan Jaya, Sematan terletak di hujung barat Sarawak dan merupakan sebuah...

Ciri-ciri wanita disukai lelaki
BESUSEYHIBURAN

CIRI-CIRI WANITA DISUKAI LELAKI

Di zaman yang serba moden ini, banyak wanita ingin tahu apa ciri-ciri...

AARON RAZISBESUSEY

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI

RAMADAN BUFET NOSTALGIA KAMPUNGKU BY SERAPI Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun...