Home BERITA SEMASA PIALA DUNIA FIFA QATAR 2022 DI STADIUM LUSAIL
BERITA SEMASADUNIA

PIALA DUNIA FIFA QATAR 2022 DI STADIUM LUSAIL

Share
Share

REKA bentuk Stadium Lusail, venue perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 pada 18 Disember memaparkan ciri-ciri Islam-Arab menonjolkan motif dan elemen dari zaman kegemilangan ekspresi artistik dunia Islam.

Menurut agensi berita Qatar (QNA), Pengurus Operasi, Tamin El Abed, dalam temu bual berkata Stadium Lusail terletak 20km dari ibu negara Doha direka bentuk untuk mereplikasi tanglung ‘fanar’.

Reka bentuk futuristiknya diilhamkan oleh interaksi cahaya dan bayang-bayang.

“Norman Foster, arkitek utama pembinaan stadium itu, mempelajari barangan antik Islam diukir tangan dan menggabungkan pasu emas dan tanglung fanar ke dalam reka bentuk stadium, venue indah yang kita lihat hari ini,” kata El Abed.

Mengenai legasi bahawa stadium akan terbiar selepas tirai Piala Dunia FIFA 2022 Qatar dilabuhkan, El Abed berkata beberapa idea sedang dikaji untuk memanfaatkan ruang dalaman stadium selepas kejohanan.

Katanya, ia termasuk mengubahnya menjadi hab komuniti dengan kemudahan awam, termasuk unit rumah mampu milik, kedai, sekolah, kafe, kemudahan sukan dan klinik perubatan, lapor QNA.

– Sumber BERNAMA

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
DUNIATAMBAH ILMU

Ganyang Malaysia: Konfrontasi Dua Negara Serumpun 1963–1966

Konfrontasi Indonesia–Malaysia atau lebih dikenali sebagai “Ganyang Malaysia” merupakan konflik politik dan ketenteraan antara...

BELOYA2UDUNIAMOTIVASI

Ada Hari Kita Kuat, Ada Hari Kita Cuma Bertahan

Ada hari kita bangun dengan semangat. Banyak perkara terasa mudah untuk dilakukan,...

BELOYA2UDUNIAIDEA

Jangan Takut Untuk Gagal, Kerana Setiap Kegagalan Membawa Kita Lebih Dekat Dengan Kejayaan

“Kegagalan adalah peluang untuk memulakan lagi dengan lebih bijak” -Henry Ford Kegagalan...

BAHASA IBANBESUSEYDUNIAUncategorized

Sape Sarawak: Warisan Muzik Tradisional Masyarakat Orang Ulu.

Sape merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terkenal di Sarawak dan...