Home BERITA SEMASA MSMES DIGITISE BETONG MODULE 5 (DIGITAL MARKETING)
BERITA SEMASASME DIGITISE

MSMES DIGITISE BETONG MODULE 5 (DIGITAL MARKETING)

Share
Share

26 April & 10 Mei 2025 – Program SME Digitise di Betong Digital Innovation Hub diteruskan lagi dengan dua sesi kelas Modul 5 iaitu Pemasaran Digital. 

Tenaga pengajar yang terlibat bagi Modul 5 ini adalah Cikgu Khalifah Khalik, Cikgu Razis yang dibantu oleh fasilitator Cik Stephanie, Cik Norlita dan Cik Jennifer.

Modul yang ke-5 ini juga dibahagikan kepada dua sesi berasingan iaitu pada 26 April Module 5.1 dan 10 Mei Modul 5.2 yang masing-masing memberi tumpuan untuk membantu usahawan memahami dan menguasai strategi serta alat digital yang dapat meningkatkan promosi produk dan perkhidmatan mereka.

Sesi Modul 5.1 dimulakan dengan penerangan tentang potensi dan cabaran dalam pemasaran digital. Para peserta didedahkan kepada kelebihan menggunakan platform digital untuk meluaskan capaian pasaran dan membina jenama, di samping memahami halangan seperti persaingan yang tinggi dan perubahan trend.

Sesi ini turut memperkenalkan penggunaan ChatGPT sebagai alat bantuan pintar dalam menyusun strategi kandungan pemasaran, penulisan salinan iklan dan mencipta poster.

Latihan praktikal turut diberikan kepada peserta untuk mempelajari cara mengambil video dan gambar produk/perkhidmatan secara berkesan menggunakan peranti mudah alih.

Penekanan diberikan kepada aspek pencahayaan, sudut rakaman dan mesej visual yang jelas. Selepas itu,peserta diajar cara menghasilkan grafik promosi melalui aktiviti reka bentuk imej menggunakan Canva dan menyunting video promosi menggunakan aplikasi CapCut.

Modul 5.2 pula lebih memfokuskan kepada strategi pemasaran yang lebih mendalam. Peserta diberi bimbingan untuk membangunkan pelan pemasaran digital yang merangkumi sasaran pasaran, objektif kempen, pemilihan platform serta perancangan bajet. 

Selain itu, sesi ini memperkenalkan Meta Business Manager, iaitu alat pengurusan profesional untuk halaman perniagaandan pengiklanan di Facebook dan Instagram. Peserta mempelajari ciri-ciri utama platform ini dan bagaimana ia membantu dalam pentadbiran pemasaran digital.

Peserta juga diajar bagaimana mengurus pengiklanan berbayar (Facebook Ads) termasuk proses penciptaan iklan, pemilihan sasaran audiens, penetapan bajet serta analisis prestasi iklan.

Tajuk terakhir modul ini adalah melihat kajian kes usahawan yang berjaya memanfaatkan pemasaran digital, bagi memberikan inspirasi dan gambaran praktikal kepada peserta.

Secara keseluruhannya, SME Digitise Module 5 ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai teori dan amalan pemasaran digital yang relevan dan mudah dilaksanakan. 

Dengan pengetahuan yang diperoleh, para usahawan kini lebih bersedia untuk membina kehadiran digital yang kukuh, menarik pelanggan baharu dan mengurus promosi perniagaan mereka dengan lebih efektif dan tersusun.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
IDEAJANA PENDAPATANSME DIGITISE

MODUL 2 ALAT DIGITAL STRATEGIK UNTUK PENGURUSAN PERNIAGAAN (SMEDS)

15 Februari dan 1 Mac 2026 – Program SME Digitise di Samarahan...

SME DIGITISETAMBAH ILMUTRAINER

MODUL 2 TRANSFORMASI PENGURUSAN PERNIAGAAN MELALUI ALAT DIGITAL(SMEDK)

14 Februari & 28 Februari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...

SME DIGITISETIPS USAHAWANUSAHAWAN

MODUL 1 TEKNOLOGI DIGITAL SAMARAHAN (SMEDS)

18 Januari 2026 & 01 Februari 2026 – Program SME Digitise di...

SME DIGITISETRAINERUSAHAWAN

MODUL 1 MEMPERKASA PEMASARAN DIGITAL KUCHING (SMEDK)

17 Januari & 31 Januari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...