Home AARON RAZIS SASAR 65,000 PENGUNJUNG SEPANJANG KARNIVAL MEDAN NIAGA SATOK
AARON RAZISBESUSEYTEMPATAN

SASAR 65,000 PENGUNJUNG SEPANJANG KARNIVAL MEDAN NIAGA SATOK

Share
Share

KUCHING, 29 NOVEMBER 2025 – Karnival Medan Niaga Satok 2025 yang telah berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 di Medan Niaga Satok, Kuching, telah secara rasmi dirasmikan pada hari ini, 29 November 2025, oleh YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) Sarawak.

Karnival ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan bertujuan untuk mempromosikan produk agromakanan serta menjadikan Medan Niaga Satok sebagai destinasi utama untuk produk segar dan industri asas tani.

Karnival ini menyasarkan lebih daripada 65,000 pengunjung dengan sasaran nilai jualan sebanyak RM1.3 juta sepanjang tiga hari acara berlangsung. 

Sebanyak 103 lot usahawan mengambil bahagian dalam pelbagai segmen jualan, termasuk produk segar, makanan viral, dan produk usahawan tempatan.

Para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti Kombo MADANI, yang memberikan penjimatan harga RM5 untuk seiap pembelian, serta jualan produk segar seperti telur, ayam, daging, dan ikan dengan harga diskaun antara 5% hingga 30%.

Pelbagai aktiviti menarik juga disediakan, antaranya Happy Hour Jualan Telur, Jualan Ayam Segar, dan Jualan Ikan Segar, yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk membeli produk berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan.

Faktro “Wow” karnival ini turut merangkumi pelbagai tarikan berasaskan pertanian seperti Pameran dan Demo Produk Agromas, di mana pengunjung dapat melihat secara langsung hasil pertanian serta produk agromakanan yang dihasilkan oleh usahawan tempatan.

Selain itu, para pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai pertandingan seperti Mobile Legends e-Sport, Pertandingan Ukiran Buah, Fashion Show Kanak-Kanak, Agro Memasak Challenge dan Karaoke Santai.

Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah melalui Cabutan Bertuah, termasuk motosikal elektrik, telefon bimbit, dan barangan elektrik yang lain serta boleh menyaksikan persembahan hiburan oleh artis tempatan.

Program ini dijangka membantu meningkatkan hubungan komuniti, memulihkan ekonomi tempatan melalui penjimatan harga dan pembelian lebih banyak produk tempatan, serta memberi peluang kepada usahawan Sarawak untuk berkembang.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
AARON RAZISBESUSEY

MAKANAN PELBAGAI NEGARA DALAM 1 BUFFET

Kuching, Sarawak: Temui kemewahan citarasa Asia di Bufet Makan Malam “Tales of...

AARON RAZISBESUSEYHIBURAN

BORNEOLAND FESTIVAL GEMPARKAN NEW YEAR 2026

KUCHING, SARAWAK- Borneoland Countdown Festival bakal mencatat sejarah sebagai Festival Muzik Sambutan...

AARON RAZISJANA PENDAPATANKEMAHIRAN

KEDAI GUNTING RAMBUT PROFESIONAL SARAWAK

Hit Barber Classic dibangunkan dengan satu matlamat iaitu memberikan perkhidmatan gunting rambut...