Home BESUSEY TIDAK PERNAH CUKUP -THE PSYCHOLOGY OF MONEY (3)
BESUSEYTHE PSYCHOLOGY OF MONEY

TIDAK PERNAH CUKUP -THE PSYCHOLOGY OF MONEY (3)

Share
Share
Ini adalah bab yang ke 3 dalam buku The Psychology of Money. Bahagian yang menerangkan ketamakkan manusia.
 
Artikel ini hanya rumusan. Anda disarankan membaca lebih terperinci dal buku tersebut yang mengandungi banyak kajian kes.
 
Warren Buffet pernah mengatakan:
 
Untuk mendapatkan wang yang mereka tidak ada dan tidak perlukan, mereka mempertaruhkan apa yang mereka ada dan perlukan.
 
Dan itu adalah bodoh. Ia hanya bodoh. Jika anda mempertaruhkan sesuatu yang penting bagi anda untuk sesuatu yang tidak penting bagi anda, tidak masuk akal.”
Bernie Madoff merupakan perancang skim ponzi terkenal semenjak Charles Ponzi sendiri. 
 
Skim seperti ini adalah skim yang memperbodohkan masyarakat kita dengan tawaran menarik menyebabkan beberapa individu ini membuat keputusan berdasarkan emosi.
 
Sebelumnya beliau merupakan seorang penggerak saham yang berjaya dan sah di sisi undang-undang.
 
Tetapi setelah 2 dekat menipu pelaburnya, jenayah beliau terbongkar dan saya pasti anda tahu apa yang berlaku seterusnya.
 
Kisah Bernie Madoff adalah cebisan individu mengorbankan perkara penting dan yang beliau perlukan untuk perkara yang beliau tidak perlukan dan tidak ada.
 
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata:
 
“Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku”. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.” Surat Az-Zumar Ayat 49
Antara perkara lain yang mendorong rasa tidak pernah cukup adalah kerana kepuasan, kuasa, rasa ketinggalan, tingkat sosial dan sebagainya.
 
Namun, agak konservatisme jika anda merasa cukup lalu meninggalkan peluang dan potensi begitu sahaja.
 
Antara cara yang disarankan dalam buku ini berkaitan cukup adalah:
 

Makanlah sehingga anda muntah. Disini anda akan mengetahui muntah adalah sesuatu yang menyakitkan

Berdasarkan sumber yang kita ada. Apa-apa pun, ketidak upayaaan untuk menolak potensi keuntungan akan memakan diri.
 
Saya suka untuk mengambil petikan (perenggan) terakhir dalam bab ini.
 
Perenggan tersebut berbunyi, alat yang paling berkuasa untul membina perasaan cukup adalah sangat mudah dan tidak memerlukan anda mengambil risiko yang boleh merosakkan mana-mana perkara ini. Itu dalam bab seterusnya.
  
Adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah) serta mendustakan (balasan) yang terbaik, Kami akan memudahkannya menuju jalan kesengsaraan. Hartanya tidak bermanfaat baginya apabila dia telah binasa.” surat Al-Lail ayat 8-11
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BAHASA IBANBESUSEYDUNIAUncategorized

Sape Sarawak: Warisan Muzik Tradisional Masyarakat Orang Ulu.

Sape merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terkenal di Sarawak dan...

BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Burung Kenyalang: Simbol Kebanggaan Identiti Sarawak

Apabila menyebut Sarawak, antara simbol yang sering terlintas di fikiran ialah burung...

BESUSEYMEDIA DIGITAL KENYALANGSARAWAK

Menelusuri Sejarah Kota Kuching: Jejak Warisan Yang Penuh Cerita.

Kuching – bukan sekadar ibu negeri Sarawak, tetapi sebuah kota yang kaya...

BAHASA IBANBAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAK

Rentap: “Agi Idup Agi Ngelaban”, Semangat Pahlawan Sarawak

Sejarah Sarawak tidak pernah sunyi daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit...