Home AARON RAZIS PROGRAM USAHAWAN BELIA SEMPENA PESTA DARO
AARON RAZISBELOYA2UKHALIFAH KHALIKTIPS USAHAWAN

PROGRAM USAHAWAN BELIA SEMPENA PESTA DARO

Share
PESTA DARO
Share

Pada 24 Julai 2026 – Program Usahawan Belia Sempena Pesta Daro 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Daro, melibatkan penyertaan golongan belia serta usahawan tempatan dalam usaha memperkukuhkan kemahiran keusahawanan, pembangunan produk dan pemasaran digital. 

Pelbagai aktiviti pengisian telah dilaksanakan termasuk sesi perkongsian berkaitan potensi membangunkan produk berdasarkan bahan asas tempatan, demonstrasi penghasilan sabun serta modul Pemasaran Digital Produk Tempatan yang memberi fokus kepada strategi promosi dan penggunaan platform media sosial.

PESTA DARO

Pelbagai aktiviti pengisian telah dilaksanakan, termasuk sesi perkongsian berkaitan potensi membangunkan produk berdasarkan bahan asas tempatan, serta demonstrasi dan latihan praktikal penghasilan sabun menggunakan bahan mudah diperoleh di rumah seperti beras, kunyit dan kopi. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai potensi bahan tempatan untuk diolah menjadi produk bernilai tambah serta berpotensi dikomersialkan.

pesta daro

Selain itu, program turut diteruskan dengan modul pemasaran digital produk tempatan yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi promosi,penghasilan kandungan pemasaran menarik serta penggunaan platform media sosial bagi memperluaskan pasaran, meningkatkan daya saing dan mengembangkan perniagaan secara lebih berkesan.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh YB Haji Safiee Bin Haji Ahmad, ADUN N.43 Daro, dengan turut dihadiri oleh para jemputan, urus setia dan peserta program. Majlis berlangsung dengan pengisian seperti nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, bacaan doa, ucapan alu-aluan, ucapan penutupan serta penyampaian sijil penyertaan dan cenderamata kepada para peserta.

Secara keseluruhannya, Program Usahawan Belia Sempena Pesta Daro 2026 mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam membangunkan usahawan belia yang berdaya saing, kreatif dan berinovasi. Diharapkan program sebegini dapat terus menjadi platform dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta pembangunan negeri Sarawak.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UIDEAMOTIVASISARAWAK

Jangan Takut Gagal

Kita selalu takut untuk mencuba kerana terlalu memikirkan kemungkinan untuk gagal. Sedangkan...

BELOYA2UDUNIAMOTIVASI

Ada Hari Kita Kuat, Ada Hari Kita Cuma Bertahan

Ada hari kita bangun dengan semangat. Banyak perkara terasa mudah untuk dilakukan,...

BELOYA2UDUNIAIDEA

Jangan Takut Untuk Gagal, Kerana Setiap Kegagalan Membawa Kita Lebih Dekat Dengan Kejayaan

“Kegagalan adalah peluang untuk memulakan lagi dengan lebih bijak” -Henry Ford Kegagalan...

BELOYA2UMEDIA DIGITAL KENYALANGPOLITIK

Sarawak Merdeka dalam Malaysia: Kisah 16 September 1963

Setiap tahun pada 16 September, rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia bagi memperingati...