PENULISAN JUALAN
BERIKUT ADALAH 4 PERENGGAN UTAMA AYAT JUALAN
TAJUK
Anda perlu meletakkan tajuk yang menarik perhatian warganet untuk terus membaca. Terdapat pelbagai jenis tajuk atau disebut sebagai HEADLINE yang boleh anda praktikan. Antaranya adalah dalam bentuk:
- Soalan – BOSAN DENGAN JAM DINDING BIASA-BIASA?
- Testimoni – MADU INI TELAH MENYEMBUH SAKIT PELUPA SAYA
- Mafaat – NAK TAHU BINA OTOT BADAN CEPAT DAN PANTAS
- Rahsia – TERBONGKAR RAHSIA CARA WAJAH LICIN DALAM 7 HARI
- Fakta – PEREMPUAN LEBIH MUDAH SAKIT BERBANDING LELAKI
- Berita – AKAN DATANG RM1,000 PERCUMA UNTUK 10 ORANG
- Rekomen – JENAMA KIAH SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT
- Masalah – MUKA BAK KAWAH BULAN MALU NAK JUMPA ORANG
- Amaran – MATA RABUN BOLEH MENYEBABKAN DITUDUH SOMBONG
- Tawaran – HARI NI JE BANG “BELI RIM PERCUMA MOTOSIKAL”
- Cerita – BANTUAN IKLAN MURAH DI BELOYA2U
EMOSI
Memasukkan emosi dalam teks jualan. Anda harus pandai bayangkan bagaimana perasaan pelanggan menghadapi masalah ini dan jika masalah ini dibiarkan apa yang akan berlaku. Ada dikalangan mereka tidak tahu masalah tersebu akan membawa kepada masalah yang lebih besar.
Ataupun anda masukkan kejiwaan dalam rangkap ke-dua. yang menyentuh hati. Antara contoh perkataan emosi yang anda boleh lihat adalah iklan Telekung Siti Khadijah dalam bentuk dialog seorang ibu. “Ibu ingin memiliki telekung Siti Khadijah. Nampak lembut”. Ini adalah antara ayat yang menyentuh hati seorang anak.
Contoh lain adalah seperti iklan jerawat:
KREDIBILITI
Bahagian ini anda masukkan perkataan yang boleh memberi keyakinan kepada pelanggan. Sama ada dalam bentuk testimoni, percapaian ataupun sesuatu yang boleh mengukuhkan jaminan belian atau produk.
Belian akan berlaku jika anda berjaya mendapat kepercayaan daripada pelanggan. Anda boleh memasukkan nama perniagaan anda yang berdaftar, alamat perniagaan yang sah, memasukkan nama pelanggan yang ada nama atau kedudukan dan sebagainya. Contoh ayat kredibiliti adalah seperti di bawah ini:
PENUTUP
Bahagian ini akan membawa pelanggan ke titik untuk membuat keputusan pembelian produk dan perkhidmatan. Bahagian ini digelar Call To Action (CTA). Bawa pelanggan dimana mereka boleh membuat bayaran atau tempahan. Masukkan sedikit ayat dorongan sekala tinggi yang akan mendorong pelanggan untuk membeli produk dan perkhidmatan waktu itu juga.
Contoh ayat dorongan sekala tinggi adalah seperti:
Anda boleh masukkan link whatsapp anda atau terus ke payment gateway yang akan membawa pelanggan untuk terus membuat belian.
RUMUSAN

Leave a comment