|
PENULISAN JUALAN |
Entah mengapa ianya digelar copywriting. Dalam Bahasa Malaysia ia mejadi meniru tulis kot. Ini bukanlah kita nak bincang. Tetapi kita nak bincang bagaimana membuat ayat iklan dengan kaedah teknik copywriting kuasa empat. Sebenarnya copywriting ni boleh mencapai kuasa dua belas. Banyak membaca dan anda pasti menemuinya.
Terdapat pelbagai lagi perkataan yang digunakan menjurus maksud copywriting. Antaranya surat jualan, penulisan jualan, sales letter dan sebagainya. Terpulang kepada anda untuk menentukannya. Yang penting adalah perkataan yang ditulis menghasilkan jualan.
Untuk menyediakan ayat jualan yang menarik. Anda perlu memahami produk dan pelanggan dengan mendalam. Anda kena memahami bagaimana produk boleh menyelesaikan masalah pelanggan dan kumpulan pelanggan apakah yang memerlukan produk atau perkhidmatan anda.
BERIKUT ADALAH 4 PERENGGAN UTAMA AYAT JUALAN
TAJUK
Anda perlu meletakkan
tajuk yang menarik perhatian warganet untuk terus membaca. Terdapat pelbagai jenis tajuk atau disebut sebagai HEADLINE yang boleh anda praktikan. Antaranya adalah dalam bentuk:
- Soalan – BOSAN DENGAN JAM DINDING BIASA-BIASA?
- Testimoni – MADU INI TELAH MENYEMBUH SAKIT PELUPA SAYA
- Mafaat – NAK TAHU BINA OTOT BADAN CEPAT DAN PANTAS
- Rahsia – TERBONGKAR RAHSIA CARA WAJAH LICIN DALAM 7 HARI
- Fakta – PEREMPUAN LEBIH MUDAH SAKIT BERBANDING LELAKI
- Berita – AKAN DATANG RM1,000 PERCUMA UNTUK 10 ORANG
- Rekomen – JENAMA KIAH SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT
- Masalah – MUKA BAK KAWAH BULAN MALU NAK JUMPA ORANG
- Amaran – MATA RABUN BOLEH MENYEBABKAN DITUDUH SOMBONG
- Tawaran – HARI NI JE BANG “BELI RIM PERCUMA MOTOSIKAL”
- Cerita – BANTUAN IKLAN MURAH DI BELOYA2U
EMOSI
Memasukkan emosi dalam teks jualan. Anda harus pandai
bayangkan bagaimana perasaan pelanggan menghadapi masalah ini dan jika masalah ini dibiarkan apa yang akan berlaku. Ada dikalangan mereka tidak tahu masalah tersebu akan membawa kepada masalah yang lebih besar.
Ataupun anda masukkan kejiwaan dalam rangkap ke-dua. yang menyentuh hati. Antara contoh perkataan emosi yang anda boleh lihat adalah iklan Telekung Siti Khadijah dalam bentuk dialog seorang ibu. “Ibu ingin memiliki telekung Siti Khadijah. Nampak lembut”. Ini adalah antara ayat yang menyentuh hati seorang anak.
Contoh lain adalah seperti iklan jerawat:
“Jerawat esok lusa baik tetapi akan meninggalkan kesan parut dan mungkin parut seumur hidup. Bayangkan anda berjumpa dengan bakal mertua atau bakal pasangan. Ini akan memberi impak kepada keyakinan. Jangan kita leka dengan masalah kecil ini yang boleh mengundang masalah yang besar”
KREDIBILITI
Bahagian ini anda masukkan perkataan yang boleh
memberi keyakinan kepada pelanggan. Sama ada dalam bentuk testimoni, percapaian ataupun sesuatu yang boleh mengukuhkan jaminan belian atau produk.
Belian akan berlaku jika anda berjaya mendapat kepercayaan daripada pelanggan. Anda boleh memasukkan nama perniagaan anda yang berdaftar, alamat perniagaan yang sah, memasukkan nama pelanggan yang ada nama atau kedudukan dan sebagainya. Contoh ayat kredibiliti adalah seperti di bawah ini:
“Produk ini dikeluarkan oleh Syarikat Hj Salleh yang berdaftar dibawah SSM beralamat di Bangunan Sendu, Batu 7, Jalan Kuching-Seriang. Sebanyak 125,578 unit produk sudah terjual dan antar pengguna adalah Abang Jo kita Ketua Menteri Uganda”
PENUTUP
Bahagian ini akan membawa pelanggan ke titik untuk membuat keputusan pembelian produk dan perkhidmatan. Bahagian ini digelar Call To Action (CTA). Bawa pelanggan dimana mereka boleh membuat bayaran atau tempahan. Masukkan sedikit ayat dorongan sekala tinggi yang akan mendorong pelanggan untuk membeli produk dan perkhidmatan waktu itu juga.
Contoh ayat dorongan sekala tinggi adalah seperti:
“jika anda buat belian sekarang atau sebelum jam 12 malam ini. Anda akan mendapat potongan 54% beserta bateri lori selagi stok masih ada”
Anda boleh masukkan link whatsapp anda atau terus ke payment gateway yang akan membawa pelanggan untuk terus membuat belian.
____________________________
RUMUSAN
Teknik copywriting kuasa empat adalah sebahagian dari teknik yang terdapat di pasaran. Terdapat pelbagai lagi teknik yang anda boleh pelajari. Banyak e-book yang anda boleh perolehi secara percuma atau dengan membeli.
Semoga artikel ini memberi mafaat kepada anda semua. beloya2u ada menawarkan e-book copywriting percuma. Anda boleh klik butang di bawah ini untuk mendapat e-book percuma. Moga mafaat.
Leave a comment