| RIDER DUA RODA BERGABUNG BERBAKTI |
Sabtu 29 Feb 20 Kampung Kranji: Program kembara amal bakti telah dijalankan oleh sekumpulan penunggang motosikal yang cintakan jentera dua roda. Program ini menggabungkan beberapa kumpulan penunggang motosikal Sarawak. Aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah bersedekah atau memberi sedikit bantuan kepada keluarga susah di Kampung Kranji. Program ini di koordinat oleh Puan Suriati dan En Akmal serta diketuai oleh Sudirman Jali.
Kampung Kranji terletak tidak jauh dari Bau. Lebih kurang 15 minit ke 30 minit dari pusat bandar Kuching.
Antara bantuan yang diberikan kepada keluarga ini adalah seperti barang keperluan harian susu dewasa, pampers dewasa, beras, gula, garam dan sebagainya. Bantuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga ini. Keluarga yang dikunjungi dalam kembara amal ini adalah:
Program ini memulakan perjalanan dari Pak Amit Cafe di Batu Kawa Kuching. Semua penunggang jentera dua roda berkumpul di situ sebelum bergerak ke Kampung Kranji. Terlebih dahulu mereka diberi taklimat mengenai konvoi tersebut, penyerahan sijil dan doa keberkatan agar perjalanan mereka diberkati Allah swt.
Syukur alhamdulillah, sepanjang perjalanan tidak ada masalah yang dihadapi oleh semua penunggang dan mereka berjaya sampai ke Kampung Kranji serta menyampaikan sumbangan kepada 2 buah keluarga.
Selepas itu, Kumpulan Kembara Amal Bakti bergerak ke rumah pengantin yang juga berada di sekitar kampung tersebut bagi memeriahkan lagi majlis mereka. Selesai menjamu selera, semua penunggang berkumpul dan diberi taklimat sekali lagi berkaitan dengan rancangan Kembara seterusnya.
KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERI SUMBANGAN DALAM KEMBARA AKAN DATANG. ANDA BOLEH MENGHUBUNGI EN AKMAL DI NOMBOR 0142063568
TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG PROGRAM INI DAN KAMI BERHARAP PADA MASA AKAN DATANG BANYAK LAGI YANG BOLEH MENYUMBANG DALAM BENTUK BARANG KEPERLUAN KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKAN.
24 Mei 2025 – Program SME Digitise! yang diadakan di Betong Digital...
26 April & 10 Mei 2025 – Program SME Digitise di Betong...
22 Mac & 12 April 2025 – Program SME Digitise di Betong...
https://youtu.be/lqPtsTzwy0I?si=abdv9mDtTzr02idY 8 Mac 2025 – SME Digitise! Module 3 iaitu Bekalan dan...
Leave a comment