Home TIPS USAHAWAN TIPS MENDAPATKAN BANTUAN DAN PEMBIAYAAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK
TIPS USAHAWAN

TIPS MENDAPATKAN BANTUAN DAN PEMBIAYAAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Share
Share
bantuan pinjaman grant kerajaan negeri sarawak
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam Ibu Pertiwiku kepada pembaca beloya2u.com. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Artikel kali ini, saya akan berkongsi mengenai bantuan dan pembiayaan kerajaan negeri sarawak
Sila baca sampai habis dan baca dengan teliti. Anda akan dibawa ke bahagian muat turun borang bantuan, pembiayaan dan grant.
Sebenarnya bantuan seperti ini tidak meliputi bantuan Khas Sarawakku Sayang sahaja tetapi banyak lagi pembiayaan yang boleh membantu usahawan-usahawan untuk mengembangkan perniagaan. Banyak yang tidak tahu mengenai bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan bagaimana untuk memohon bantuan tersebut.
Terlebih dahulu terdapat beberapa perkara yang anda perlu sediakan sebelum anda memohon pinjaman atau bantuan pembiayaan ataupun grant kerajaan. Semua pembiayaan ini kebiasaannya akan meminta dokumen yang sama.

JOM KITA LIHAT APAKAH PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK

DOKUMEN KERAKYATAN

Bahagian ini, anda perlu sediakan salinan kad pengenalan yang mengesahkan anda adalah rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak khas nya.

LESEN PERNIAGAAN

Sebab itu, setiap kali saya membuat ceramah di seluruh Sarawak. Saya selalu becakap mengenai pendaftaran perniagaan. Ini kerana institusi kewangan memerlukan dokumen pendaftaran perniagaan bagi mengesahkan identiti perniagaan anda. Dokumen berkaitan lesen perniagaan biasanya ada 3 merujuk kepada milikan tunggal dan perkongsian atau perniagaan liabiliti tidak terhad. Dokumen tersebut ialah:

  • Sijil perniagaan
  • Lesen perniagaan
  • Ektrak perniagaan

[KLIK SINI] untuk whatsapp team yang membantu membuat lesen perniagaan.

PENYATA KEWANGAN

Banyak usahawan gagal menyediakan bahagian ini kerana kebanyakkannya tidak membuat rekod perniagaan. Rekod yang paling ringkas adalah dengan membuat rekod tunai keluar masuk setiap hari dan menggunakan penyata bank sahaja.

Saya juga bermaksud, apabila anda mendaftar perniagaan. Anda perlu mendaftar akaun semasa di bank tempatan. Akaun semasa ini digunakan oleh institusi kewangan untuk menilai prestasi perniagaan anda. Ada juga institusi kewangan tidak meminta penyata kewangan tetapi hanya meminta penyata bank sahaja.

Untuk pengetahuan am. Penyata kewangan terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu, Kunci kira-kira dan penyata untung rugi.

Selain daripada penyata kewangan. Anda mungkin diminta untuk menyediakan unjuran kewangan perniagaan anda sebelum dan selepas mendapat pembiayaan dari institusi kewangan.

PREMIS

Ini adalah pilihan. Terdapat bantuan tidak memerlukan anda menyediakan dokumen sokongan pemilikan atau penyewaan premis. Jika ada, maka anda perlu sediakan dokumen tersebut. Jika anda memiliki premis maka anda perlu sediakan dokumen perjanjian Sales and Purchase Agreement (SNP) dan jika anda seorang penyewa, maka anda perlu menyediakan Tenancy agreement (Perjanjian sewa).

Selain daripada dokumen di atas. Anda juga perlu menyediakan gambar-gambar berkaitan premis anda. Seperti gambar dalam, gambar luar dan gambar susun atur premis anda.

PERCAPAIAN AKADEMIK DAN KEMAHIRAN

Bahagian ini, saya boleh katakan agak penting kerana ianya menunjukkan kebolehan anda untuk menguruskan perniagaan anda. Ada juga usahawan tidak mempunyai akademik yang tinggi tetapi memiliki kemahiran hasil dari pengalaman. Jika anda mendapat kemahiran dari pengalaman. Sediakan dokumen dalam bentuk gambar atau apa sahaja bukti aktiviti anda yang lalu yang boleh membantu menyokong keboleh kemahiran anda.

Mungkin juga anda boleh memohon untuk mendapatkan pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). JPK adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengiktiraf kemahiran yang dibangunkan dari pengalaman bekerja.

RUMUSAN

Saya berharap artikel ini dapat membantu anda untuk bersedia dalam menyediakan dokumen-dokumen berkaitan bagi memohon pembiayaan atau bantuan dari kerajaan negeri atau institusi kewangan.
Saya juga menyediakan beberapa borang bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah dan ada faedah serta grant dari kerajaan. Jika anda berminat untuk memuat naik borang. Anda terlebih dahulu perlu mengikuti Channel Usahawan Sarawakku Sayang dengan klik butang WHATSAPP di bawah untuk mendapatkan link Channel Telegram Usahawan Sarawakku Sayang
header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
rugi dah pasti dan untung belum tentu, ragam usahawan
AWARENESSTIPS USAHAWAN

PELAJARAN KEJATUHAN TUPPERWARE

Tupperware, satu jenama yang pernah menjadi simbol kejayaan dalam industri produk plastik...

alatan digital untuk perniagaan
TIPS USAHAWAN

ALAT DAN APLIKASI PENTING UNTUK USAHAWAN DIGITAL

Dalam dunia yang semakin digital, usahawan perlu memanfaatkan pelbagai alat dan aplikasi...

CABARAN BESAR USAHAWAN KECIL
KEWANGANTIPS USAHAWAN

KEWANGAN MIKRO

Kewangan mikro adalah satu konsep yang merujuk kepada penyediaan perkhidmatan kewangan, seperti...

KEMAHIRANMOTIVASITAMBAH ILMUTIPS USAHAWAN

VISI DAN INSPIRASI KABOOM SETELAH TAWAN PUNCAK ARAS LOGIK

Sebagai usahawan anda mungkin pernah berasa buntu dan tidak berdaya untuk berfikir...