Home BAZAAR RAKYAT ONLINE SARAWAKKU SAYANG POTENSI PERNIAGAAN COKLAT BORNEO
BAZAAR RAKYAT ONLINE SARAWAKKU SAYANGMEDIA DIGITAL KENYALANGUSAHAWAN

POTENSI PERNIAGAAN COKLAT BORNEO

Share
Share

MEMBEKAL BORNEO COKLAT BORCO DARI LUBOK ANTU SARAWAK

Saya Regina Lambor. Saya adalah pemilik D’ Mummy Recipe Sdn. Bhd. dari Lubok Antu, Sarawak. Saya mengeluarkan produk coklat koko borneo coklat. Pada tahun 2018, saya pergi ke sebuah rumah panjang, saya melihat seorang kanak-kanak antara 4 atau 5 tahun makan milo lemau seperti yang saya telah buat dulu dan saya pun merasakan bahawa saya perlu melakukan sesuatu supaya coklat boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat dengan harga yang berbaloi dan murah.

Pada Julai 2019, saya mendapat geran pembungkusan dan pelabelan daripada Jabatan Pertanian Malaysia, Sarawak dan seterusnya pada 2021, saya mendapat geran pembungkusan dan perlabelan daripada MARA dan saya juga mendapatkan Pensijilan Halal dan MeSTI dari geran MARA.

Awal Februari 2019, sebelum pkp, kita telah melakukan satu kaji selidik  kepada beberapa peserta. Kita mengambil seratus peserta dan dalam kajian itu kita mendapati enam puluh tujuh peratus daripada peserta itu menyatakan bahawa coklat koko lebih sedap daripada beberapa jenis jenama coklat di pasaran.

Kita ada madu kelulut, Coklat Terung Asam, Coklat Empelajo, Coklat Lada Hitam Pudina, Milk Cocoa daripada gula apong, Coklat Rajah White daripada beras wangi Lingga, Coklat Local Prince daripada beras hitam Bario dan garam bukit, kita ada Coklat Spring Herbs daripada tongkat ali, genseng dan juga kopi, Coklat Angel Pearl daripada Majum dan Coklat Princess Zyca daripada salai durian. 

Kami memproses coklat di Lubuk Antu, Sri Aman Sarawak lebih kurang lima kilometer dari sempadan Indonesia. Ini adalah kawasan pendalaman. Di samping itu juga, coklat kami telah pun berada di pusat membeli-belah di seluruh Sarawak iaitu Miri, Sibu, Bintulu dan Kuching. Selain itu juga, coklat kami berada di Sabah  dan Semanjung Malaysia.  

Sekarang ini kami masih dalam perbincangan untuk menghantar produk-produk coklat kami ini di Asian Mall dan Petani Thailand. Harapan kami pada masa depan, coklat yang mewakili coklat Borneo dari Sarawak ini iaitu coklat Borco boleh menyebarkan sayapnya ke Eropah. 
 
Sesiapa yang berminat untuk menjadi agen-agen coklat Borco dan ingin merasai bagaimana nikmat coklat Borco iaitu coklat berasal dari Borneo boleh menghubungi saya di talian 601119863407 ataupun layari laman FB Page Borco. 
whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

 

Menjadi usahawan bukan sesuatu yang mudah dan bukan sesuatu yang susah. Ia bergantung pada keinginan dan hasrat kita. Jadi untuk menjadi usahawan, yang penting kita mesti ada objektif , misi dan visi. Percaya kepada proses kita akan mampu mencapai impian kita.
 
Terima Kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS).

 

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
kursus pemerkasaan outlet pemasaran tempatan fama
BELOYA2UTRAINERUSAHAWAN

PROGRAM PEMERKASAAN OUTLET PEMASARAN TEMPATAN USAHAWAN FAMA

Pada 15 hingga 16 April 2026 lalu, Program Pemerkasaan Outlet Pemasaran Tempatan...

SME Digitise Samarahan
KEWANGANSME DIGITISEUSAHAWAN

MODUL 4 : Kuasai Asas Rekod Perniagaan (SMEDS)

5 APRIL 2026 – Sesi pembelajaran Modul 4 : Asas Rekod Perniagaan...

SME DIGITISETIPS USAHAWANUSAHAWAN

MODUL 1 TEKNOLOGI DIGITAL SAMARAHAN (SMEDS)

18 Januari 2026 & 01 Februari 2026 – Program SME Digitise di...

SME DIGITISETRAINERUSAHAWAN

MODUL 1 MEMPERKASA PEMASARAN DIGITAL KUCHING (SMEDK)

17 Januari & 31 Januari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...