Home BELOYA2U MODUL 5 : KUASAI INVENTORI DAN BEKALAN (SMEDS)
BELOYA2UIDEAJANA PENDAPATAN

MODUL 5 : KUASAI INVENTORI DAN BEKALAN (SMEDS)

Share
smeds
Share

19 April 2026 – SME Digitise Module 5 iaitu Bekalan dan Inventori telah disampaikan oleh tenaga pengajar Encik Razis yang dibantu oleh fasilitator Cik Jenifer,Cik Zaza dan Encik Stephen.

Module 5 iaitu Penawaran dan Inventori diterangkan oleh Encik Razis. Encik Razis menerangkan kepentingan dan asas pengurusan Inventori kepada para peserta.

Encik Razis

Para peserta telah diberi pendedahan mendalam mengenai kepentingan pengurusan inventori yang sistematik sebagai kunci utama dalam mengoptimumkan operasi dan meminimumkan kos.

Sesi ini turut memperincikan aspek teknikal seperti ketepatan masa pesanan dan strategi kawalan perbelanjaan bagi memastikan aliran tunai syarikat kekal positif serta mengelakkan masalah kekurangan stok.

Di samping itu, sesi tersebut turut mendedahkan peserta kepada pelbagai metodologi pengurusan permintaan dan bekalan yang lebih efisien.

Kecekapan dalam mengendalikan inventori ini dilihat sebagai pemacu utama yang melangkaui sekadar penjimatan kos, ia merupakan elemen kritikal dalam menjamin kesetiaan pelanggan dan memperkukuh kestabilan kewangan sesebuah entiti perniagaan.

Mesin Kira ialah sebuah aplikasi yang melibatkan penyelesaian dan pengurusan perniagaan mudah alih yang inovatif untuk mendigitalkan perniagaan mikro.

Encik Razis telah menunjukkan demostrasi penggunaan Mesin Kira dalam perniagaan kepada para peserta.

Penggunaan aplikasi Mesin Kira dilihat sebagai pemacu utama dalam meningkatkan produktiviti para peserta menguruskan perniagaan mereka.

Menurut Encik Razis, platform ini telah membuktikan keberkesanannya kepada ramai usahawan, terutamanya dalam aspek pemantauan stok secara masa nyata serta mengoptimumkan proses pemenuhan pesanan.

Melalui pendedahan praktikal ini, peserta kini lebih memahami peranan teknologi dalam mengoptimumkan pengurusan stok. Pengaplikasian sistem yang tepat terbukti mampu memberikan nilai tambah dan daya saing yang tinggi kepada usahawan dalam mendepani cabaran pasaran masa kini

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Burung Kenyalang: Simbol Kebanggaan Identiti Sarawak

Apabila menyebut Sarawak, antara simbol yang sering terlintas di fikiran ialah burung...

BAHASA IBANBAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAK

Rentap: “Agi Idup Agi Ngelaban”, Semangat Pahlawan Sarawak

Sejarah Sarawak tidak pernah sunyi daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit...

BELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAKTAMBAH ILMUTEMPATAN

SABAH DAN SARWAK: DUA NEGERI, SATU BORNEO

Borneo merupakan antara pulau yang mempunyai kekayaan sejarah, budaya dan alam semula...

BELOYA2UKEMAHIRANKHALIFAH KHALIKTAMBAH ILMUTIPS USAHAWANTRAINERUSAHAWAN

Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar Cemerlang.

Pada 28 Julai 2026 – telah berlangsung Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar...