Ini adalah kisah orang tua di sebuah kampung yang dicerita semula oleh rakan kedai kopi. Seorang pemuda memerhati setiap hari orang tua ini minum kopi dan makan di sebuah kedai kopi.
Nak dijadikan cerita. Orang tua ini kita perkenalkan sebagai Pak Usop. Setiap hari Pak Usop minum pagi di sebuah warung. Warung yang agak popular di kampung tersebut.
Pak Usop biasanya akan memesan air kopi kaw kaw, roti canai dan kadang-kadang nasi lemak. Berbeza dengan kawan-kawan Pak Usop. Rata-rata memesan air kopi atau teh tanpa gula. Malah makanan mereka pun tak semeriah Pak Usop.
Umur Pak Usup sudah lebih setengah abad. Kira-kira 70 tahun lebih. Apa sahaja orang bagi dia makan. Tak ada pantang. Sahabat-sahabatnya kebanyakkannya mengidap kencing manis, darah tinggi dan kolestrol. Tetapi tidak Pak Usop.
Tenaga Pak Usop tidak sebanding dengan umurnya. Cara beliau berjalan bertenaga seperti orang muda.
Apabila melihat keadaan demikian. Seorang anak muda mendekati Pak Usop. Ingin tahu apakah rahsia umur panjang dan terhindar dari penyakit.
Suatu hari, anak muda tersebut menyapa Pak Usop. “Apa khabar Pak Usop?”. Pak Usop menjawab “Alhamdulillah. Petang ini nak naik gunung. Kau tak ikut ke Den?”
Den diam sejenak sambil menghirup air teh tanpa gula dan mempelawa Pak Usup duduk semeja dengannya. Pak Usup cukup peramah dan tidak menolak rezeki. Dia tahu, kalau orang dah pelawa begini. Biasanya orang tu akan belanja.
“Pak Usop. Saya penasaran la. Pak Usop macam tak ada pantang larang bab makan minum. Pak Usop tak macam kawan-kawan Pak Usop yang lain bertongkat malah ada yang dah terlantar. Apa rahsia?” Tanya Den sambil memandang Pak Usup sengih-sengih membuat pesanan minuman nya.
“Kau ni Den. Tiba-tiba tanya aku ni kenapa?” Sambil tersenyum menghisap sebatang L.A kegemarannya.
“Beginilah Den. Tak ada rahsianya pun. Setiap kali aku makan dan minum. Aku bercakap dengan makanan. Lepas tu baca bismillah” kata Pak Usop.
“Eh… Takkan tu je? Mesti ada amalan kan Pak Usop?” Kata Den dengan kehairanan.
Pak Usop senyum dan berkata. “Masa aku makan. Aku cakap kat makanan. Aku makan kau. Jangan kau makan aku balik dan lepas tu aku baca bismillah”.
Terpinga-pinga Den mendengar penjelasan Pak Usop. Kemudian “Tak ada amalan lain ke?”
“Demi Allah. Tak ada Den” sambung Pak Usop.
Apa pendapatan anda? Sila tinggalkan komen.
Leave a comment