Home KEMAHIRAN JENIS-JENIS PENDAFTARAN PERNIAGAAN
KEMAHIRANTIPS USAHAWAN

JENIS-JENIS PENDAFTARAN PERNIAGAAN

Share
Share

Dalam dunia keusahawanan pendaftaran perniagaan amat penting. Jika perniagaan tidak di daftarkan, maka usahawan tersebut belum benar-benar berniaga
Tetapi sebelum memilih jenis pendaftaran perniagaan, terlebih dahulu usahawan perlu memahami jenis perniagaan yang mereka hendak daftarkan.
Daftar perniagaan mengikut kesesuaian aktiviti perniagaan, sumber dan kebolehan usahawan itu sendiri. Usahawan harus tahu di mana untuk daftar perniagaan. 
Di Malaysia terdapat 3 undang-undang yang berbeza berkaitan dengan pendaftaran perniagaan. Undang-undang tersebut berbeza mengikut negeri.
Sarawak, Sabah dan semenanjung Malaysia. Sarawak dan Sabah mempunyai akta pendaftaran perniagaan sendiri.
Hanya rakyat negeri tersebut sahaja yang dibenarkan mendaftar perniagaan milikan tunggal serta perkongsian. 
Individu atau kumpulan dari semenanjung hanya dapat menjalankan perniagaan di Sarawak dan Sabah dengan status pendaftaran perniagaan SDN BHD, BHD atau PLT sahaja.
Terdapat banyak lagi perbezaan yang boleh kongsikan, tetapi dalam artikel kali ini kita hanya bercerita jenis-jenis lesen perniagaan di Malaysia.
Jika anda berniat untuk mendaftar perniagaan anda boleh klik butang whatsapp di bawah untuk urusan pendaftaran. 
Pendaftaran termasuk dengan alamat perniagaan, pengurusan pendaftaran dan sebagainya. Klik dan terus bertanya.
jenis-jenis lesen perniagaan
(penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi)

JOM KITA LIHAT JENIS-JENIS PENDAFTARAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA

MILIKAN TUNGGAL

Penubuhan yang mudah, ringkas dan murah. Hanya satu nama sahaja diperlukan untuk membuat pendaftaran. 
Anggaran kos RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) bergantung kepada jenis bidang perniagaan yang dipohon. 
Bidang perniagaan pula terhad antara 3 hingga 10 bidang bergantung kepada dasar penguatkuasa tempatan. 
Akaun tidak perlu di audit tetapi perlu membuat laporan kewangan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun. 
Liabiliti tidak terhad kepada aset perniagaan. Maksud liabiliti tidak terhad adalah, jika berlaku bangkrap, aset pemilik perniagaan juga akan digunakan untuk membayar hutang. 
Perniagaan akan tamat apabila pemilik meninggal dunia. Ini bermaksud perniagaan tidak dapat diwarisi.

PERKONGSIAN

Penubuhan yang memerlukan sekurang-kurangnya 2 individu dan tidak lebih dari 20 individu
Akaun tidak perlu di audit tetapi perlu membuat laporan kewangan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun. 

Kos pendaftaran perniagaan lebih kurang RM100.00 begantung kepada jumlah bidang perniagaan yang didaftarkan. 
Jumlah bidang pula terhad antara 3 hingga 10 bidang bergantung kepada dasar pejabat pendaftar kawasan masing-masing.
Sebelum pendaftaran, pekongsi harus menyediakan surat perjanjian antara pekongsi untuk kelancaran pengurusan perniagaan.
Surat perjanjian adalah untuk simpanan dalaman sahaja, tidak perlu diserahkan kepada pendaftar perniagaan. 
Status liabiliti perkongsian adalah jenis liabiliti tidak terhad, sama seperti jenis pendaftaran perniagaan Milikan Tunggal. 
Hayat perniagaan pula adalah apabila salah seorang pekongsi menarik diri atau meninggal dunia, perniagaan akan tamat.

PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)

Penubuhan sekurang-kurangnya 2 individu dan tidak lebih dari 50 individu. Akaun perniagaan perlu di audit dan menyediakan laporan kewangan setiap tahun. 
Kos pendaftaran antara RM500 – RM2,000 bergantung kepada urusan pendaftaran. 
Kebiasaannya pendaftaran untuk PLT di urus oleh Syarikat Setiausaha dan mereka mengenakan caj antara RM1,600 hingga RM2,000. Bidang pendaftaran perniagaan terhad untuk 3 bidang sahaja.
Jika Syarikat setiausaha mengurus pendaftaran. Usahawan hanya perlu menyediakan dokumen dan segala urusan borang akan di uruskan oleh syarikat setiausaha. 
Antara dokumen yang diuruskan adalah seperti perjanjian dalaman perniagaan.
Status liabiliti PLT adalah liabiliti terhad yang membawa maksud, jika perniagaan muflis. Hanya aset perniagaan sahaja digunakan untuk membayar hutang.
Aset pemilik perniagaan tidak akan diganggu. Jika salah seorang pekongsi menarik diri atau meninggal dunia, perniagaan masih boleh berjalan seperti biasa. 
Saham atau syer perniagaan akan dipindah milik atau diwariskan kepada menerima waris. Pendaftaran perniagaan jenis ini boleh diwarisi.

SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)

Suatu ketika dahulu, pendaftaran perniagaan jenis ini perlu sekurang-kurangnya 2 individu untuk melakukan penubuhan. 
Undang-undang Malaysia berubah dan untuk mendaftar perniagaan ini, Sekurang-kurangnya 1 individu dan tidak lebih 50 individu boleh menubuhkan perniagaan jenis ini. 
Kebiasaannya, Syarikat Setiausaha mengenakan caj antara RM2,600 hingga RM3,600 untuk menubuhkan syarikat jenis ini. Bidang pendaftaran perniagaan terhad 30 bidang sahaja.
Seperti PLT, jika Syarikat Setiausaha menguruskan pendaftaran perniagaan jenis ini, usahawan hanya perlu menyediakan dokumen dan segala borang khas akan di uruskan oleh Syarikat Setiausaha.
Status liabililiti SDN BHD adalah Liabiliti Terhad. Hanya aset syarikat sahaja yang akan digunakan jika syarikat muflis. Aset pemilik syarikat tidak akan diganggu. 
Pedaftaran perniagaan jenis ini boleh diwarisi jika pemegang saham perniagaan menarik diri atau meninggal dunia.

KOPERASI

Ini agak berbeza dengan semua di atas. Bukan mudah untuk ditubuhkan dan penubuhannya adalah menggunakan kuasa kolektif. Kategori koperasi adalah syarikat awam
Di mana, pemilikannya tidak terhad. Penubuhannya di uruskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Secara amnya terdapat 2 jenis pendaftaran koperasi iaitu:
  1. Koperasi keluarga
  2. Koperasi awam

Namun begitu terdapat 3 peringkat penubuhan koperasi iaitu:

  1. Koperasi bawahan
  2. Koperasi petengahan
  3. Koperasi tertinggi.

Dalam artikel ini, saya hanya akan berkongsi penubuhan koperasi keluarga dan koperasi awam sahaja. 

Sebelum pandemik, untuk menubuhkan koperasi keluarga. Sekurang-kurangnya memerlukan 25 anggota dan koperasi awam sekurang-kurangnya 50 anggota
Akta tersebut telah berubah. Koperasi awam dan koperasi keluarga boleh ditubuhkan dengan hanya 20 anggota sahaja.
Kos penubuhan antara RM100 – RM500 dan nilai syer yang dibayar anggota sekurang-kurangnya RM100 setiap orang.

Penubuhan memerlukan proses yang panjang, sekurang-kurangnya 2 bulan. Berikut adalah proses penubuhan:
  1. Pemohonan penubuhan
  2. Kelulusan permohonan penubuhan
  3. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) dengan kehadiran semua anggota.
  4. Laporan MAP diserahkan kepada SKM
  5. Sijil penubuhan dikeluarkan oleh SKM
  6. Pendaftaran akaun semasa
  7. Pengumpulan syer anggota

Liabiliti untuk peniagaan jenis ini adalah Liabiliti Terhad dan perniagaan ini boleh diwarisi oleh waris pemegang syer. 

Koperasi bergerak berdasarkan undang-undang kecil yang dibincangkan dalam MAP dan aturan yang ditetapkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).


_____________

KESIMPULAN 

Semoga artikel ini memberi mafaat kepada pembaca. Anda boleh membuat salinan artikel ini untuk tujuan pembelajaran. 
Apa yang saya tulis dalam artikel ini adalah pengetahuan umum sahaja. Maklumat terperinci, anda perlu lebih banyak membaca dan merasai pengalaman menubuhkan perniagaan yang berdaftar.
Sebelum itu, sekali lagi saya maklumkan kepada sesiapa yang ingin mendaftar perniagaan. 
Anda boleh berbuat demikian dengan bantuan pengurus pendaftaran perniagaan yang akan membantu anda untuk menubuhkan perniagaan yang berdaftar. 
Anda tidak perlu risau alamat perniagaan dan dokumen-dokumen yang perlu di isi. Klik sahaja butang whatsapp di bawah untuk terus berurusan.
jenis-jenis lesen perniagaan
(penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi)

____________
Video di bawah ini penerangan secara terperinci pendaftaran perniagaan. Mengapa perlu daftar perniagaan?


header ads
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles
KEMAHIRANKEWANGAN

CARA MENGELAKKAN PENIPUAN MELALUI AKAUN BANK

Penipuan melalui akaun bank merupakan ancaman yang semakin serius, terutamanya dalam era...

pelaburan emas atau saham
KEMAHIRANKEWANGAN

PELABURAN EMAS VS SAHAM: MANA LEBIH MENGUNTUNGKAN?

Dalam dunia kewangan, pelaburan merupakan langkah penting bagi mereka yang ingin mengembangkan...

pelaporan, data, pengurusan
KEMAHIRANKEWANGAN

TEKNOLOGI DAN AUDIT : TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PROSES PENGAUDITAN

Dalam era digital yang pesat berkembang, teknologi telah mengubah hampir setiap aspek...

cara memilih komputer, komputer yang bagus digunakan
AWARENESSKEMAHIRAN

TIPS MEMILIH KOMPUTER UNTUK PENGEDITAN VIDEO ATAU GRAFIK

Dalam bidang kreatif seperti pengeditan video dan grafik, memilih komputer yang tepat...