Home BELOYA2U KURSUS DIGITAL MARKETING KABONG SARAWAK
BELOYA2UBERITA SEMASA

KURSUS DIGITAL MARKETING KABONG SARAWAK

Share
PEMASARAN DIGITAL DI KABONG SARAWAK
Share

13 Ogos 2024 – Program Digital Marketing yang diadakan di Kabong, Sarawak yang telah dianjurkan oleh KEMAS Kabong, disertai oleh Beloya2u dan Nonakraft Creative menjadi sebahagian daripada Team Dr Kamil Salem.

Terdapat 20 peserta telah menyertai kursus yang diadakan pada hari tersebut. Kursus ini akan dibimbing oleh dua orang tenaga pengajar iaitu Coach Khalik dan Dr. Kamil Salem serta dibantu oleh Encik Daniel.

Dr. Kamil Salem sedang menerangkan berkaitan dengan videography kepada para peserta.

Tujuan penerangan videografi secara ringkas adalah untuk menyampaikan maklumat, cerita, atau idea melalui visual dan audio yang bergerak. 

Ia digunakan untuk menjelaskan konsep, memperkenalkan produk, mendokumentasikan acara, atau mendidik penonton dengan cara yang menarik dan mudah difahami.

Sesi video commercial bersama para peserta yang dibimbing oleh Dr. Kamil Salem.

Tujuan sesi bimbingan video komersial adalah untuk memberikan panduan dan latihan kepada peserta dalam mencipta, mengedit, dan mengoptimumkan video yang digunakan untuk tujuan pemasaran atau promosi.

 Coach Khalik sedang memberi penerangan berkaitan tentang Whatsapp Business.
 
Tajuk ini bertujuan  untuk memudahkan komunikasi dengan pelanggan, meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan, dan membina hubungan yang lebih baik. 
 
Melalui ciri-ciri seperti mesej automatik, katalog produk, dan label pelanggan, usahawan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih pantas dan tersusun, sambil meningkatkan keterlihatan perniagaan mereka di platform digital.
 
Menerangkan kepada peserta berkaitan dengan Facebook Professional Mode.
 
Tujuan Facebook Professional Mode kepada usahawan adalah untuk membantu mereka membina kehadiran dalam talian yang lebih profesional dan terurus. 
 
Ia menawarkan ciri-ciri seperti analitik lebih mendalam, akses kepada alat pemasaran, serta memudahkan mereka berinteraksi dengan audiens.

 

 
 
Dalam kursus ini, peserta akan belajar bagaimana mengenal pasti audiens sasaran, membina strategi pemasaran yang berkesan, serta mengukur dan menganalisis hasil kempen digital mereka.
 
Kursus ini sesuai untuk usahawan, pemilik perniagaan kecil, serta mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan kerjaya dalam bidang pemasaran digital.
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Burung Kenyalang: Simbol Kebanggaan Identiti Sarawak

Apabila menyebut Sarawak, antara simbol yang sering terlintas di fikiran ialah burung...

BAHASA IBANBAHASA SARAWAKBELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAK

Rentap: “Agi Idup Agi Ngelaban”, Semangat Pahlawan Sarawak

Sejarah Sarawak tidak pernah sunyi daripada kisah perjuangan tokoh-tokoh tempatan yang bangkit...

BELOYA2UBESUSEYDUNIASARAWAKTAMBAH ILMUTEMPATAN

SABAH DAN SARWAK: DUA NEGERI, SATU BORNEO

Borneo merupakan antara pulau yang mempunyai kekayaan sejarah, budaya dan alam semula...

BELOYA2UKEMAHIRANKHALIFAH KHALIKTAMBAH ILMUTIPS USAHAWANTRAINERUSAHAWAN

Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar Cemerlang.

Pada 28 Julai 2026 – telah berlangsung Program INKUBIZ: Inkubator Perniagaan Pelajar...