Bahagian ini adalah bab yang ke 3 dalam The Psychology of Money. Penceritaan mengenai TUAH dan RISIKO.
Bahagian ini perlu pembacaan disertai rasa ingin tahu yang mendalam. Jika tidak, anda akan terpinga-pinga apakah isi sebenar bab ini.
Artikel ini hanya rumusan. Anda disarankan membaca lebih terperinci dal buku tersebut yang mengandungi banyak kajian kes.
Lakeside School yang terletak di luar Seattle adalah suatu luar biasa merupakan satu-satunya sekolah di dunia mempunyai komputer pada ketika itu.
Ini merupakan tempat Bill Gates bersekolah. Inisiatif ini adalah hasil dari kebijaksanaan guru sekolah tersebut iaitu Bill Dougal.
Bill Gates mempunyai 2 kawan rapat iaitu Paul Allen dan Kent Evans. Keduanya mempunyai peribadi yang berbeza.
Ketiga-tiga sahabat ini mempunyai kemahiran komputer yang luar biasa. Namun peribadi Kent Evans lebih suka merancang komputer untuk masa depan.
Namun, Kent Evans meninggal dunia semasa pendakian gunung di Amerika Syarikat. Kebarangkalian kematian adalah 1 dalam sejuta untuk sekolah menengah.
Bill Gates bertuah kerana bersekolah di Lakeside manakala Kents Evens mengalami 1 dalam sejuta risiko dan tidak mampu mencapai impiannya bersama Bill Gates.
Bahagian ini bukanlah bertujuan untuk melihat bagaimana Bill Gates menempa kejayaan sehingga Microsoft menjadi syarikat berbillion dollar.
Tetapi melihat bagaimana proses beliau sehingga mencapai apa yang anda dapat lihat hari ini.
Bayangkan jika Bill Gates tidak bersekolah di Lakeside School. Bagaimana keadaannya hari ini? Betapa bertuahnya beliau bersekolah di Lakeside School.
Ataupun anda akan menyangkal. Itu bukan Tuah tetapi atas dasar usaha beliau dari kecil.
Kalau usaha, maka watak-watak yang terdapat dalam lakeside tidak berfungsi. Jika tiada watak tersebut, dapatkah Bill Gate mendirikan Microsoft?
Bill Gate pernah berkata, “Kejayaan adalah guru yang teruk. Ia menggoda orang pintar untuk berfikir mereka tidak boleh ditewaskan.”
Secara ringkasnya. Bab ini hendak menerangkan bahawa kejayaan seseorang bukanlah datang dari formula atau hanya dari usahanya sendiri.
Tetapi terdapat pelbagai sebab bagaimana kejayaan itu terjadi. Boleh jadi terdapat sisi gelap atau punca lain yang sukar untuk anda bayangkan.
Majalah, surat khabar dan media lain memaparkan kejayaan seseorang disebabkan oleh orang tersebut betuah kerana mampu menempa kejayaan.
Bagaimana pula orang yang gagal yang sebenarnya merancang strategi dengan rapi tetapi tidak sampai ke penghujung jalan.
Beza antara garis tuah dan risiko amat halus bagaikan pelanduk dua serupa.
Bayangkan anda membeli saham. Lima tahun kemudian, anda berjaya dan meraih keuntungan berjuta-juta ringgit.
Anda akan mengatakan anda berusaha menghadapi risiko. Bagaimana jika anda gagal?
Mungkin anda akan mengatakan anda tidak bertuah dalam aktiviti membeli saham.
“…Jika sesuatu menimpamu, maka janganlah mengatakan, ‘Se-andainya aku melakukannya, niscaya akan demikian dan demikian.’ Tetapi ucapkanlah, ‘Sudah menjadi ketentuan Allah, dan apa yang dikehendakinya pasti terjadi’(HR. Muslim, no. 2664).
“Berhati-hati dengan siapa yang anda puji dan kagumi. Berhati-hati dengan siapa yang anda pandang rendah dan mengelak terjadi seperti mereka”
“Dia-lah Allah yang Maha Penyayang Kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya-lah Kami bertawakkal. kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.(Al-Mulk (67): 29).
Kesimpulan yang boleh saya nyatakan dalam bab ini adalah usaha, proses, cara fikir, qada dan qadar kita tidak sama dengan orang lain.
Anda tidak dapat menjadi serupa seperti Bill Gate atau Jack Ma. Situasi anda berbeza. Formula anda berbeza. Hidup anda juga berbeza.
Anda harus membina corak pemikiran yang lebih luas. Tidak perlu menyerupai orang lain.
Bab selanjutnya bertajuk tidak pernah cukup. Apakah kaitannya dengan kewangan?
Artikel seterusnya
▶️ Tidak pernah cukup (dalam proses)
Artikel sebelumnya
Rujukan:
Leave a comment