17 Januari & 31 Januari 2026 – Program SME Digitise di Kuching diteruskan lagi dengan dua sesi kelas Modul 1 iaitu Pemasaran Digital.
Tenaga pengajar yang terlibat bagi Modul 1 ini adalah Cikgu Khalifah Khalik, Cikgu Wan hazel dan Cikgu Razis yang dibantu oleh fasilitator Cik Stephanie, Cik Jenifer dan Cik Zaza.
Modul yang ke-1 ini juga dibahagikan kepada dua sesi berasingan iaitu pada 17 Januari Module 1.1 dan 31 Januari Modul 1.2 yang masing-masing memberi tumpuan untuk membantu usahawan memahami dan menguasai strategi serta alat digital yang dapat meningkatkan promosi produk dan perkhidmatan mereka.
Dalam Modul 1.1 peserta didedahkan kepada potensi dan cabaran pemasaran digital, termasuk penggunaan Chatgpt,Canva dan Capcut untuk membangunkan strategi kandungan dan penulisan iklan yang lebih kreatif dan efektif.
Mereka turut mempelajari penjanaan AI menggunakan aplikasi Grok untuk mengedit dan menjadikan gambar lebih dinamik, bagi mempelbagaikan teknik reka bentuk grafik promosi yang lebih kreatif dan berdaya saing.
Latihan praktikal juga diberikan meliputi teknik pengambilan foto dan video produk menggunakan peranti mudah alih, dengan penekanan terhadap aspek pencahayaan, sudut rakaman dan mesej visual yang jelas.
Peserta menghasilkan grafik promosi melalui canva dan menjalani sesi suntingan video menggunakan aplikasi capcut bagi memantapkan lagi kemahiran teknikal mereka.
Modul 1.2 memfokuskan kepada perancangan strategi pemasaran digital yang tersusun, merangkumi sasaran pasaran, objektif kempen, pemilihan platform dan bajet efektif.
Peserta turut dibimbing untuk membina strategi praktikal bersesuaian dengan keperluan perniagaan masing-masing.
Selain itu, peserta diperkenalkan kepada Meta Business Manager untuk mengurus iklan di Facebook dan Instagram.
Mereka turut mempelajari fungsi utama seperti pengurusan akses, penyusunan kempen dan pemantauan prestasi bagi meningkatkan keberkesanan pemasaran digital.
Peserta turut dilatih mengurus pengiklanan berbayar (Facebook Ads) meliputi proses penciptaan iklan, pemilihan sasaran audiens, penetapan bajet serta analisis prestasi iklan bagi memastikan keberkesanan setiap kempen yang dijalankan.
Peserta didedahkan kepada kajian kes usahawan yang berjaya memanfaatkan pemasaran digital, bertujuan memberikan inspirasi dan gambaran praktikal tentang aplikasi strategi yang telah dipelajari.
Secara keseluruhannya, Modul 1 Pemasaran Digital SME Digitise ini berjaya memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai teori dan amalan pemasaran digital yang relevan serta mudah dilaksanakan.
Dengan ilmu yang diperoleh, para usahawan kini lebih bersedia membina kehadiran digital yang kukuh, menarik pelanggan baharu serta mengurus promosi perniagaan dengan lebih efektif dan tersusun.
18 Januari 2026 & 01 Februari 2026 – Program SME Digitise di...
STORM CARWASH Cucian automatik | Nano Wax | Water Bending | Buang...
CUCI KERETA PANTAS DI SARAWAK Saya dah mula berniaga sejak tahun 2014....
24 Mei 2025 – Program SME Digitise! yang diadakan di Betong Digital...
Leave a comment