Home BELOYA2U MODULE 5 : STRATEGI INVENTORI UNTUNG (SMEDK)
BELOYA2UJANA PENDAPATANKEWANGAN

MODULE 5 : STRATEGI INVENTORI UNTUNG (SMEDK)

Share
SME DIGITISE KUCHING
Share

18 April 2026 – SME Digitise Module 5 iaitu Supply and Inventory telah disampaikan oleh tenaga pengajar coach khalik,coach Razis yang dibantu oleh fasilitator Cik stephanie dan Cik Jenifer.

Modul ini merangkumi pelbagai topik penting berkaitan pengurusan bekalan dan inventori 

Peserta didedahkan tentang kepentingan pengurusan inventori yang berkesan dalam mengoptimumkan operasi, mengurangkan kos, meningkatkan kepuasan pelanggan serta mengurangkan kekurangan stok dan menambah baik aliran tunai.

Asas pengurusan inventori turut dibincangkan secara mendalam, termasuk strategi pengurangan kos penyimpanan, ketepatan masa pesanan dan kawalan perbelanjaan berkaitan inventori.

Selain itu, peserta telah diperkenalkan kepada pelbagai teknik untuk menguruskan inventori dan permintaan dengan lebih berkesan.

Pengurusan inventori yang cekap bukan sahaja penting untuk mengurangkan kos operasi, tetapi juga untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan yang paling penting, meningkatkan kesihatan kewangan perniagaan secara keseluruhan.

SMEDK

Salah satu aspek yang paling menarik dalam program ini ialah demonstrasi dan aplikasi praktikal sistem pengurusan inventori Mesin Kira yang memberikan pemahaman berguna tentang cara teknologi boleh dimanfaatkan untuk menambah baik pengurusan inventori.

SMEDK

Sesi ini berjaya memberi pendedahan praktikal yang berharga tentang bagaimana teknologi dapat diaplikasikan untuk meningkatkan pengurusan inventori serta memberikan kelebihan daya saing kepada perniagaan.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UIDEAMOTIVASISARAWAK

Jangan Takut Gagal

Kita selalu takut untuk mencuba kerana terlalu memikirkan kemungkinan untuk gagal. Sedangkan...

BELOYA2UDUNIAMOTIVASI

Ada Hari Kita Kuat, Ada Hari Kita Cuma Bertahan

Ada hari kita bangun dengan semangat. Banyak perkara terasa mudah untuk dilakukan,...

BELOYA2UDUNIAIDEA

Jangan Takut Untuk Gagal, Kerana Setiap Kegagalan Membawa Kita Lebih Dekat Dengan Kejayaan

“Kegagalan adalah peluang untuk memulakan lagi dengan lebih bijak” -Henry Ford Kegagalan...

BELOYA2UMEDIA DIGITAL KENYALANGPOLITIK

Sarawak Merdeka dalam Malaysia: Kisah 16 September 1963

Setiap tahun pada 16 September, rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia bagi memperingati...