Pada 15 hingga 16 April 2026 lalu, Program Pemerkasaan Outlet Pemasaran Tempatan Usahawan Fama telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak 33 orang usahawan telah menyertai program sepanjang dua hari tersebut.
Peserta menjalani sesi ice breaking dan reset minda usahawan melalui perkongsian pengalaman serta cabaran jualan harian. Sesi ini bertujuan membina keyakinan, kesedaran berniaga dan kesediaan untuk berubah.
Peserta juga didedahkan dengan strategi pemasaran mudah dan kos rendah yang sesuai untuk operasi gerai. Topik meliputi cara menarik pelanggan, promosi efektif, serta teknik menghasilkan gambar dan ayat jualan.
Program ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian ,Bahagian Keusahawanan Pemasar Fama iaitu Encik Hairudin Bin Yunos .Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta atas komitmen kerana sudi hadir dalam khusus ini.
Terdapat juga perkongsian yang memberikan pendedahan mengenai sokongan Bank Industri serta trend kaedah bayaran terkini. Perkongsian ini disampaikan oleh Encik Kent Yeo Chieng Kiong daripada pihak Maybank, yang turut memaklumkan peserta mengenai pelbagai kemudahan kewangan untuk usahawan.
Seterusnya, peserta dilatih menggunakan teknologi AI bagi menjana gambar dan video iklan yang lebih menarik, yang disampaikan oleh Cik Tang Sing Moi daripada TG Creative Consultant. Ini membantu usahawan menjimatkan masa serta meningkatkan keyakinan dalam promosi produk secara digital.
Terdapat juga pendedahan daripada pihak kkm mengenai kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan di gerai. Peserta turut didedahkan dengan faktor kritikal keracunan makanan serta langkah mengelakkan tindakan kompaun.
Peserta juga dimaklumkan mengenai peluang geran, bantuan serta program pembangunan usahawan dari Kerajaan Negeri Sarawak. Semua inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing perniagaan tempatan.
Sesi ini memberikan pendedahan mengenai peluang bantuan geran serta sokongan pembangunan usahawan daripada Fama. Peserta mendapat maklumat langsung tentang syarat dan cara permohonan bantuan tersebut.
Akhir sekali, modul terakhir adalah cara menyusun produk dengan menarik serta melabelkan harga dan papan tanda yang efektif yang telah disampaikan oleh Encik Shirajuddin Bolhi yang sangat profesional.
Program Pemerkasaan Outlet Pemasaran Tempatan Usahawan Fama ini telah berjaya melengkapkan para usahawan dengan pelbagai kemahiran praktikal. mulai daripada pemasaran digital, penggunaan AI, sehinggalah kepada pengurusan gerai dan penetapan harga, semua modul dirancang untuk meningkatkan daya saing perniagaan tempatan.
Pada 20 April 2026 – Satu sidang media bagi acara “Torque of...
5 APRIL 2026 – Sesi pembelajaran Modul 4 : Asas Rekod Perniagaan...
14 Mac 2026 – Program ini berlangsung di Makerspace Ramai. Modul 3 ini...
14 Februari & 28 Februari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...
Leave a comment