Home BELOYA2U SARAWAK EMERGING ENTREPRENEURS DRIVE (SEED) KUCHING
BELOYA2UKHALIFAH KHALIKTIPS USAHAWAN

SARAWAK EMERGING ENTREPRENEURS DRIVE (SEED) KUCHING

Share
SARAWAK EMERGING ENTREPRENEURS DRIVE KUCHING
Share

Pada 25 April 2026 – Program Sarawak Emerging Entrepreneurs Drive (SEED) Kuching telah berlangsung di Saradec Learning Centre. Antara yang

terlibat ialah Coach Khalifah dan Coach Razis. Disokong juga oleh beberapa fasilitator, iaitu Cik Stephanie, Cik Jenifer dan Encik Stephen serta penglibatan usahawan belia sebagai peserta utama. 

Program ini memberi fokus kepada penyelesaian masalah sebenar dalam perniagaan melalui modul fleksibel yang disesuaikan dengan keperluan peserta.

Sepanjang program, peserta menggunakan sistem analisis berasaskan AI untuk mengenal pasti isu utama dalam perniagaan mereka, di samping menerima bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman.

Antara modul utama yang diketengahkan ialah “Accounting for Small Business”, di mana peserta didedahkan kepada cara merekod transaksi

perniagaan dengan betul seperti jualan, belian dan perbelanjaan. Selain itu, peserta turut mempelajari perbezaan antara untung kasar, untung

bersih dan aliran tunai, serta cara menyediakan penyata kewangan asas seperti Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira bagi memastikan

pengurusan kewangan yang lebih sistematik dan teratur. Di samping itu, program ini turut memperkenalkan konsep “6 Roda Perniagaan +

Branding”, yang menekankan kepentingan meningkatkan nilai tambah produk dan memperluas pasaran. Peserta juga didedahkan kepada

kesalinghubungan setiap aspek perniagaan seperti kepimpinan, operasi, pelanggan dan jenama. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan

branding sebagai identiti perniagaan yang membezakan mereka daripada pesaing, bukan sekadar logo semata-mata.

Dalam aspek pemasaran, peserta mempelajari “Funnel Marketing”, termasuk konsep asas serta strategi menarik prospek di bahagian atas

funnel (Top of Funnel – ToFU) melalui penggunaan kandungan percuma, media sosial dan pengiklanan. Pendekatan ini membantu usahawan

memahami perjalanan pelanggan dari peringkat awal sehingga kepada pembelian. Seterusnya, modul “Media Sosial & Content” turut diberi

penekanan, di mana peserta diajar cara mencipta kandungan yang menarik seperti video pendek, infografik, testimoni pelanggan dan kandungan

“behind-the-scenes”. Teknik untuk meningkatkan engagement juga dikongsikan bagi membantu perniagaan mencapai audiens yang lebih luas dan berkesan.

Keunikan program ini terletak pada komunikasi dua hala yang membolehkan peserta berbincang, berkongsi pengalaman dan

membentangkan penyelesaian secara praktikal. Program ini juga dirancang untuk diperluaskan ke beberapa kawasan lain di Sarawak bagi memberi

manfaat kepada lebih ramai usahawan belia. Secara keseluruhannya, program Sarawak Emerging Entrepreneurs Drive (SEED) Kuching

merupakan satu inisiatif yang bukan sahaja membantu memperkasa usahawan melalui pendekatan praktikal, malah menggabungkan elemen

pengurusan kewangan, strategi pemasaran dan penggunaan teknologi moden dalam membina perniagaan yang berkekalan.

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
smeds
BELOYA2UIDEAJANA PENDAPATAN

MODUL 5 : KUASAI INVENTORI DAN BEKALAN (SMEDS)

19 April 2026 – SME Digitise Module 5 iaitu Bekalan dan Inventori...

SME DIGITISE KUCHING
BELOYA2UJANA PENDAPATANKEWANGAN

MODULE 5 : STRATEGI INVENTORI UNTUNG (SMEDK)

18 April 2026 – SME Digitise Module 5 iaitu Supply and Inventory...

kursus pemerkasaan outlet pemasaran tempatan fama
BELOYA2UTRAINERUSAHAWAN

PROGRAM PEMERKASAAN OUTLET PEMASARAN TEMPATAN USAHAWAN FAMA

Pada 15 hingga 16 April 2026 lalu, Program Pemerkasaan Outlet Pemasaran Tempatan...

BELOYA2USARAWAK

“TORQUE OF BORNEO” BAKAL GEGARKAN KUCHING SARAWAK

Pada 20 April 2026 – Satu sidang media bagi acara “Torque of...