BAZAAR RAKYAT ONLINE SARAWAKKU SAYANGMEDIA DIGITAL KENYALANGUSAHAWAN

AIR SEMANGKA SUSU AIS SETEDEY

Share
Share

VIDEO DALAM BAHASA SARAWAK

PERNIAGAAN AIR BALANG KUCHING

Nama saya Rafur. Saya menceburi bidang penjualan air semenjak kecil lagi dan saya mula serius dalam perniagaan penjualan air balang 3 tahun kebelakangan ini. Sebelum pkp kami ada 14 cawangan tempat menjual air balang  tetapi  selepas pkp kami cuma bermula dengan 2 cawangan sahaja. Selama 14 tahun pengalaman kami dalam perniagaan menjual air balang. 

Ada station-station air balang kami dapat mengatasi masalah mereka yang sibuk, tiada masa dan senang untuk mereka singgah dengan membeli yang sedap, serta harga yang berpatutan.

Antara maklum balas daripada pelanggan kami adalah air yang kami jual sangat sedap, ‘setedey’, rare, seperti air semangka susu (air tembikai susu) kerana jarang penjual menjual air tersebut. Selain itu juga, air kopi yang kami jual lain daripada yang lain, sedap dan  harga yang sangat berpatutan. 

Jenis-jenis air yang kami jual ialah green tea, mango, kopi, semangka (tembikai) dan kami ada semangka ais. Semangka adalah air balang yang paling banyak permintaan. Kami juga menyediakan perkhidmatan katering dengan menyediakan air untuk majlis di rumah atau majlis pejabat. 

Lokasi kami menjual air balang terletak di 2 tempat iaitu di Metrocity di hadapan Satex dan di masjid perumahan lama kawasan jalan astana. Antara pelanggan yang datang ke station kami ialah dari Samarahan, Lundu, malahan dari Miri juga ada yang datang membeli air semengka kami kerana mereka ingin merasakan air semangka setedey kami lain daripada yang lain. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk merasakan air balang kami, menggunakan perkhidmatan katering , atau ingin join venture bersama kami boleh hubungi kami di talian 60108437890 dan layari FB Page kami Kozoku Station.

whatsapp biskut murah sedap kuching
[penafian: beloya2u tidak terlibat dalam transaksi]

Untuk menjadi usahawan hendaklah bertahan dan jangan berputus asa. Prinsip saya paling penting kita  harus sabar walaupun dalam keadaan untung atau rugi. 

Terima kasih Bazaar Online Sarawakku Sayang (BROSS).

Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
kursus pemerkasaan outlet pemasaran tempatan fama
BELOYA2UTRAINERUSAHAWAN

PROGRAM PEMERKASAAN OUTLET PEMASARAN TEMPATAN USAHAWAN FAMA

Pada 15 hingga 16 April 2026 lalu, Program Pemerkasaan Outlet Pemasaran Tempatan...

SME Digitise Samarahan
KEWANGANSME DIGITISEUSAHAWAN

MODUL 4 : Kuasai Asas Rekod Perniagaan (SMEDS)

5 APRIL 2026 – Sesi pembelajaran Modul 4 : Asas Rekod Perniagaan...

SME DIGITISETIPS USAHAWANUSAHAWAN

MODUL 1 TEKNOLOGI DIGITAL SAMARAHAN (SMEDS)

18 Januari 2026 & 01 Februari 2026 – Program SME Digitise di...

SME DIGITISETRAINERUSAHAWAN

MODUL 1 MEMPERKASA PEMASARAN DIGITAL KUCHING (SMEDK)

17 Januari & 31 Januari 2026 – Program SME Digitise di Kuching...