Home BESUSEY PERTUNJUKKAN TERHEBAT DI BUMI -THE PSYCOLOGY OF MONEY (0)
BESUSEYTHE PSYCHOLOGY OF MONEY

PERTUNJUKKAN TERHEBAT DI BUMI -THE PSYCOLOGY OF MONEY (0)

Share
Share

Bahagian ini merupakan bahagian pertama sebelum bab pertama dalam buku The Psychology of Money.

 

Artikel ini hanya rumusan. Anda disarankan membaca lebih terperinci dalam buku tersebut yang mengandungi banyak kajian kes.

 
2 lampiran pertama buku ini menerangkan sikap manusia yang menunjuk-nunjuk kekayaan.
 
Sedaya upaya mendapatkan perhatian sehingga menyebabkan pembaziran. Hilang kemanusiaan.
 
Meletakkan org lain aras yang rendah. Baginya segalanya yang bergerak adalah disebabkan wang.
 
Salah laku ini akhirnya menghancurkan sesiapapun yang mempunyai kekayaan yang banyak.
 
Muka surat seterusnya agak menarik untuk dikongsikan kerana menceritakan 2 watak yang berbeza.
 
Watak lelaki bekerja sebagai tukang sapu senantiasa bersyukur dan watak lelaki kaya yang senantiasa mahu lebih prestij dalam hidupnya.
 
Tukang sapu pada riwayat akhir nya mampu menderma 6 juta dollar kepada Hospital dan mewariskan 2 juta dollar kepada anak tirinya.
 
Dikenali masyarakat setelah beliau meninggal dunia. Disebabkan harta yang beliau tinggalkan begitu banyak.
 
Bagaimana beliau mendapat harta sebanyak itu menjadi pendebatan.
 
Watak yang satu lagi sudah memiliki harta dan pendapatan yang lumayan setiap bulan. Namun, sentiasa mahu dilihat lebih prestij.
 
Akhirnya watak ini membuat pinjaman untuk membesarkan rumah mewahnya. Meletakkan pelbagai hiasan tidak perlu.
 
Krisis kewangan dunia berlaku dan akhirnya watak ini muflis kerana setiap yang berprestij memerlukan kos penyelenggaraan yang mahal.
  
QS AN NISA:32 Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. 
 
(Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
Dari kisah 2 watak ini. Terdapat unsur tuah, kebijaksanaan dan usaha.
 
Tidak adil meletakkan tuah sebagai instrumen kejayaan kerana ianya akan melemahkan usaha.
 
Malah akan menguburkan kebijaksanaan kerana hanya memerlukan tuah untuk menjadi kaya.
 
Ianya dapat disimpulkan sebagai psikologi kewangan. Bagaimana kita melihat kejayaan.
 
QS AT TAKATSUR:1 Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,
 
Bahagian seterusnya lebih menarik. Iaitu anda mungkin melihat saya gila dalam keputusan kewangan.
 
Malah saya juga boleh mengatakan anda gila dalam membuat keputusan kewangan.
 
Bahagian ini akan diterangkan secara terperinci dalam bab 1 dalam buku The Psychology of Money.
 
Kebanyakkan orang lebih suka membaca poin-poin pendek berbanding memahaminya secara mendalam.
 
Mengapa org berhutang? Kisah ketamakkan manusia, tidak rasa selamat dan sikap yang terlalu optimis.
 
“Sejarah tidak pernah berulang tetapi tidak untuk manusia” (Voltaire)
 
Anda hanya akan memahami rangkap ini setelah membaca artikel seterusnya.
 
 
Artikel seterusnya:
 
Rujukan:
Share

Leave a comment

Leave a Reply

Related Articles
BELOYA2UBESUSEYSARAWAK

Sarawak Sebagai Contoh Terbaik Masyarakat Majmuk Malaysia

29 Jun 2026 – Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia yang terkenal...

BELOYA2UBESUSEYSARAWAK

Resipi Tradisional Bidayuh: Warisan Gastronomi Sarawak

29 Jun 2026 – Masyarakat Bidayuh merupakan salah satu etnik utama di...

BELOYA2UBESUSEYDUNIA

Kisah Keberanian Syarif Masahor dalam Menentang Rajah Putih

29 Jun 2026 – Syarif Masahor merupakan antara tokoh tempatan yang paling...

BELOYA2UBESUSEYKEMAHIRAN

Seni dan Kraf Tradisional yang Menjadi Kebanggaan Sarawak

25 Jun 2026 – Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang yang merupakan bukan...